Kerja Kosong terkini Lembaga Tabung Haji.
Iklan Kerjaya terkini datang dari Lembaga Tabung Haji, Tabung Haji ialah singkatan bagi “Lembaga Tabung Haji” atau LTH. Sebelum ini, LTH dikenali sebagai “Lembaga Urusan dan Tabung Haji” atau (LUTH) di Malaysia yang berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setiap tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Makkah. Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional yang riba dan tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke Makkah.
VISI
TUNGGAK KEJAYAAN EKONOMI UMMAH; PENGURUSAN HAJI TERBILANG
MISI
Dalam mencapai visi TH, TH beriltizam:-
- Memperkasakan Ekonomi Ummah
- Sentiasa Giat Mencari Pelaburan Strategik Global Dan Lokal Bagi Pertumbuhan Berterusan
- Menggembleng Dan Memperkaya Modal Pendeposit
- Memberikan Perkhidmatan Cemerlang Yang Berterusan
- Memudah Dan Menyempurnakan Urusan Jemaah Ke Arah Haji Mabrur
- Memberi Pulangan Yang Kompetitif, Halal dan Toyyiban
LATAR BELAKANG TH
Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t. memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan haji, umat Islam terdorong mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci. Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.
|
Kerja Kosong Terbaru Lembaga Tabung Haji |
Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu mereka menyimpan sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.