JAWATAN KOSONG TERKINI September 2017 Oktober 2017

Iklan Jawatan Kosong Terkini September 2017 Oktober 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2017 2018

Jawatan Kosong JAKIM Tarikh tutup 28 April 2017

Iklan Kerja Kosong Terkini JAKIM 2017- Penubuhan Jakim bermula dengan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1968 yang mana penubuhannya telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.
Pada tahun 1974 pula, Urus Setia MKI telah dinaikkan tarafnya kepada sebuah Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri dan diberi nama Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).Selaras dengan perkembangan negara dan keperluan masyarakat Islam semasa, Bahagian Hal Ehwal Islam ( BAHEIS ) ini telah disusun semula. Maka pada 2 Oktober 1996, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju dengan perakuan supaya BAHEIS, Jabatan Perdana Menteri dinaikkan taraf menjadi sebuah Jabatan berkuatkuasa 1 Januari 1997 dengan nama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Penubuhan Jakim dilihat sebagai salah satu platform di dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam seiring dengan perkembangan dan pembangunan negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.
Jawatan Kosong JAKIM Tarikh tutup 28 April 2017
Jawatan Kosong JAKIM Tarikh tutup 28 April 2017

Jawatan Kosong Terkini JAKIM-Transformasi yang dibentuk oleh Jakim adalah seiring dengan visi, misi, moto, objektif dan fungsi jabatan ini sebagai peneraju dalam membina ketamadunan ummah yang unggul.
Bagi memantapkan pengurusan dan menghasilkan gerak kerja yang lebih efisyen, Jakim dibahagikan kepada 4 sektor utama iaitu Sektor Dasar, Sektor Pembangunan Insan, Sektor Pengurusan dan Sektor Di Bawah Pejabat Ketua Pengarah. Sektor-sektor ini telah membentuk 22 bahagian dan kesemuanya yang bernaung di bawah Jakim berbanding penubuhan awalnya hanya mempunyai 14 bahagian.
Bahagian-Bahagian di bawah Sektor Dasar adalah Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan, Bahagian Kemajuan Islam, Bahagian Perhubungan, Bahagian Pengurusan Fatwa, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang.
Kini JAKIm membuka kekosongan jawatan seperti berikut ini :-

Jawatan Kosong JAKIM Tarikh tutup 28 April 2017

JAKIM mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

PEMBANTU SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA (SPPIM) GRED 29 (CONTRACT FOR SERVICE)

Taraf jawatan: Kontrak (Contract for Service)
Bayaran Perkhidmatan: RM1,549.00
Tempoh Pelantikan : Satu (1) tahun
Penempatan : Putrajaya (7 kekosongan)

DESKRIPSI TUGAS JAWATAN

  1. Meja bantuan SPPIM
  2. Membantu peluasan projek SPPIM
  3. Menguruskan kemasukan data SPPIM

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN JAWATAN KOSONG

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer/ sains komputer/ teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan dari institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  4. Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer/ teknologi maklumat/ pemprosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan dari politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  5. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  6. Mahir menaip dan mengendalikan komputer; dan
  7. Berkemahiran membaca Jawi.

CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG:

Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA


NOTA JAWATAN KOSONG

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temuduga
Tarikh Tutup Permohonan: 28 April 2017 (Jumaat)
Untuk Makulmat Lanjut sila kunjungi laman Jakim berikut
Kontak JAKIM:
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya
Telp: 03-8870 7000
Emel: webmaster[at]islam[dot]gov[dot]my 

Subscribe to receive free email updates:

Featured Post

JAWATAN KOSONG PETRONAS TARIKH TUTUP 17 SEPTEMBER 2017

Kerja Terkini Kosong Petronas . Iklan kerjaya terlengkap ya hanya di sini. Kali ini datang dari Petronas siapa yang tak kenal Petronas? Pe...