JAWATAN KOSONG TERKINI MAC APRIL 2017

Iklan Jawatan Kosong Terkini Mac April 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2017 2018

JAWATAN KOSONG TERBARU LEMBAGA TABUNG HAJI TARIKH TUTUP 06 April 2017

Kerja Kosong terkini Lembaga Tabung Haji. Iklan Kerjaya terkini datang dari Lembaga Tabung Haji, Tabung Haji ialah singkatan bagi “Lembaga Tabung Haji” atau LTH. Sebelum ini, LTH dikenali sebagai “Lembaga Urusan dan Tabung Haji” atau (LUTH) di Malaysia yang berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setiap tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Makkah. Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional yang riba dan tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke Makkah.

VISI

TUNGGAK KEJAYAAN EKONOMI UMMAH; PENGURUSAN HAJI TERBILANG

MISI

Dalam mencapai visi TH, TH beriltizam:-
  1. Memperkasakan Ekonomi Ummah
  2. Sentiasa Giat Mencari Pelaburan Strategik Global Dan Lokal Bagi Pertumbuhan Berterusan
  3. Menggembleng Dan Memperkaya Modal Pendeposit
  4. Memberikan Perkhidmatan Cemerlang Yang Berterusan
  5. Memudah Dan Menyempurnakan Urusan Jemaah Ke Arah Haji Mabrur
  6. Memberi Pulangan Yang Kompetitif, Halal dan Toyyiban

LATAR BELAKANG TH


Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t. memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan haji, umat Islam terdorong mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci. Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.
Kerja Kosong Terbaru Lembaga Tabung Haji
Kerja Kosong Terbaru Lembaga Tabung Haji

Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu mereka menyimpan sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.
Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang, dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk :
  • Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
  • Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan
  • Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan menadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.
  • Merasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji; memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan mereka.
  • Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam.
  • Sebagai sebuah badan yang berunsurkan korporat Tabung Haji amat peka dengan perkembangan dan perubahan yang melanda dunia di era 90an. Demi menjamin kesinambungan daya saingnya dalam era globalisasi satu kajian telah dibuat dalam tahun 1995 bagi meluaskan lagi skop dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji.

 JAWATAN KOSONG TERBARU LEMBAGA TABUNG HAJI TARIKH TUTUP 06 April 2017

Seiring dengan visi dan misi TH, permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut:- 

PENGURUS DANA (EKUITI ASING)-KUALA LUMPUR

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan/Perakaunan/Perniagaan dengan kepujian dari Universiti-Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Calon-calon yang mempunyai kelayakan professional adalah diutamakan; DAN
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
 Keutamaan:-
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang pengurusan dana ekuiti atau penyelidikan;
  • Berpengalaman dalam pengurusan portfolio ekuiti asing;
  • Mempunyai pengetahuan dan berkeupayaan dalam menganalisa trend makroekonomi tempatan dan global, sector-sektor ekonomi utama, dinamik pasaran Kewangan khususnya pasaran ekuiti;
  • Berpengetahuan dalam garis panduan berkaitan pasaran kewangan dan sektor korporat termasuklah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Akta Syarikat dan lain-lain;
  • Berkemahiran dalam menganalisa penyata kewangan dan membina model penyata kewangan;
  • Berpengalaman memimpin pasukan dan mempunyai kemahiran interpersonal dan kerja berpasukan yang baik, pro aktif dan bermotivasi tinggi;
  • Mampu berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;
  • Berkemahiran mengendalikan perisian dan aplikasi Microsoft Office, Bloomberg dan lain-lain yang berkaitan.
TANGGUNGJAWAB
  • Membantu merangka dan melaksana strategi pelaburan berkaitan alokasi pelaburan ke atas negara yang ingin dilabur, kepelbagaian pelaburan dan strategi mata wang asing serta membantu Ketua Bahagian dalam pengurusan fungsi harian portfolio ekuiti asing;
  • Membantu mengurus portfolio ekuiti asing selari dengan polisi dan prosedur termasuk memantau jangkaan pendapatan TH bagi portfolio berkaitan;
  • Menjalankan kajian penyelidikan ke atas syarikat-syarikat pelaburan yang berpotensi;
  • Memantau prestasi syarikat-syarikat pelaburan;
  • Berurusan dengan pihak luar seperti pengurus dana luar yang dilantik TH, broker saham dan institusi-institusi kewangan berkaitan sebagai medium informasi yang memberi manfaat kepada TH;
  • Sentiasa peka dengan perubahan dinamik makroekonomi, politik dan polisi kewangan tempatan dan antarabangsa;
  • Sentiasa memantau perubahan dinamik pasaran ekuiti dan memberi cadangan yang berkaitan kepada pihak Pengurusan TH;
  • Sentiasa mengemaskini dan menambah baik pangkalan data penyelidikan;
  • Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Ketua Bahagian atau Ketua Jabatan.
Senarai Jawatan Kosong TH lainnya ialah :-
  • PENGURUS KANAN DANA (PENDAPATAN TETAP)
  • PENGURUS KANAN DANA (EKUITI ASING)
  • PENGANALISA KREDIT

CARA MEMOHON KERJAYA



  1. Sila kunjungi pautan berikut: Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji 2017
  2. Pilih Kerjaya dimaksud
  3. Klik Apply Now 
  4. Mohonlah secara onlen
Demikian Info Kerjaya terkini semoga berfaedah.
Sumber

Subscribe to receive free email updates:

Featured Post

JAWATAN KOSONG PETRONAS TARIKH TUTUP 01 APRIL 2017

Kerja Terkini Kosong Petronas . Iklan kerjaya terlengkap ya hanya di sini. Kali ini datang dari Petronas siapa yang tak kenal Petronas? Pe...