JAWATAN KOSONG UPNM 11 Ogos 2017 (Jumaat)
JAWATAN KOSONG UPNM. UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.
Program akademik yang ditawarkan di fakulti adalah setanding dengan IPTA luar dan dalam negara. Program ini akan dapat menarik minat pelajar kerana ia menyediakan kurikulum yang merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan yang berbentuk hands on. Pengetahuan yang diperolehi boleh diaplikasi kepada aset pertahanan negara seperti kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Di samping itu, ia dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini.
JAWATAN KOSONG UPNM 11 Ogos 2017 (Jumaat)
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan seperti berikut :-
- Pensyarah Universiti Gred DS51, DS53, Khas C (VK7)
- Pensyarah Perubatan Gred DU51, DU53, Khas C (VK7)
TARAF JAWATAN - Semua jawatan akan dilantik secara Tetap / Kontrak
Permohonan dibuka untuk WARGANEGARA sahaja.
CARA MEMOHON
- Pemohon perlu melalui sistem e-recruitment UPNM. Sila daftar login anda di alamat: http://erecruitment.upnm.edu.my
- dan lengkapkan maklumat permohonan dan resume anda secara online. Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga;
- dan Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan Akademik (UPNM.PEND.HRM.001).
- Borang tersebut boleh di dapati di laman web http://pendaftar.upnm.edu.my . Borang yang lengkap diisi perlu di sertakan bersama salinan yang disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A) bagi dokumen/sijil berikut:
- Resume terkini
- Kad Pengenalan
- Sijil-sijil Akademik (SPM/STPM/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD)
- Sijil-sijil Ko-kurikulum / Penglibatan NGO
- Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan (bagi pekerja swasta / industri)
- Slip gaji terakhir (jika masih berkhidmat)
Permohonan daripada pegawai/anggota yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan Berkanun perl mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini, salinan Buku Perkhidmatan yang dikemas kini dan salinan dokumen/sijil seperti di atas.
Satu set permohonan yang telah lengkap hendaklah di pos ke alamatkan berikut:
Jabatan Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
(u.p. : Encik Sazali bin Salim)
Jabatan Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
(u.p. : Encik Sazali bin Salim)
- Jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
- Sila kemukakan pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.
- Hanya pemohon yang memenuhi syarat skim, layak selepas tapisan dan di senarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
- UPNM tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temu duga.
- Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Encik Sazali bin Salim / Puan Normah binti Musa / Puan Nur Ain binti Md. San melalui telefon 03-9051 3400 samb 3022/4584/3523 atau emel: sazali@upnm.edu.my/ normah@upnm.edu.my/ nurainmdsan@upnm.edu.my
Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 11 Ogos 2017 (Jumaat)
Peringatan: Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya
Maklumat jawatan kosong lanjut sila ke laman jawatan kosong UNPM
Maklumat jawatan kosong lanjut sila ke laman jawatan kosong UNPM