Jawatan Kosong Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak 16 Jun 2017
Kerja Kosong Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertekad membantu negeri Sarawak memenuhi keperluan perumahan mampu milik untuk rakyatnya.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu bahawa kerajaan pusat amat komited untuk memenuhi keperluan tersebut secepat mungkin melalui pelaksanaan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN).
Jawatan Kosong Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak |
“Kerajaan pusat bukan sahaja menumpukan kepada penyediaan rumah kos rendah malah bertekad untuk menyediakan rumah mampu milik di negeri Sarawak,” ujar Abdul Rahman ketika sidang media selepas melakukan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di Wisma Sultan Tengah semalam.
Turut hadir pada perjumpaan tersebut ialah kedua-dua Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis dan Abdul Karim Rahman Hamzah serta Pengerusi Daya Buliders Sdn Bhd Dr Abdul Rahman Junaidi.
IKLAN JAWATAN KOSONG OLEH KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN SARAWAK
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-
- Jawatan Kosong Pegawai Kesihatan Persekitaran U41 1 KEKOSONGAN
- Jawatan Kosong Arkitek Landskap J41 1 KEKOSONGAN
- Jawatan Kosong Penolong Pegawai Undang-Undang L29 1 KEKOSONGAN
- Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penilaian W29 2 KEKOSONGAN
Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlulagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web http://erecruitment.sarawak.gov.my.
Muat Turun Syarat dan Cara Memohon Jawatan Kosong Sarawak
Untuk makluman lanjut, sila hubungi pejabat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.
Tarikh tutup permohonan (replika data) : 16 Jun 2017
Tarikh tutup permohonan (replika data) : 16 Jun 2017
untuk maklumat lanjut sila ke laman jawatan sarawak