Jawatan kosong LPPKN Tarikh Tutup 13 Jun 2017 (Selasa)
Iklan Kerja Kosong terkini LPPKN atau Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN, telah ditubuhkan di bawah Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 [Akta 352] dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal penubuhannya fokus utama LPPKN adalah melaksanakan program dan aktiviti perancangan keluarga di negara ini. Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Akta 352) yang dahulunya dikenali sebagai Akta Perancang Keluarga 1966 (Akta 42) telah mengalami beberapa pindaan dan semakan sejak ia diwartakan pada tahun 1966.
Jawatan kosong LPPKN |
Visi LPPKN mewujudkan keluarga yang kukuh ke arah melahirkan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif cukup mencabar dan memerlukan komitmen yang padu semua pihak. LPPKN melalui pelbagai inisiatif telah memperkenalkan kaedah dan pendekatan yang dinamik dan efektif untuk mencapai visi tersebut. Fokus juga ditekankan kepada penyelidikan, pembangunan program, latihan dan kerjasama dalam dan luar negara.
Kini LPPKN membuka kekosongan jawatan terkini seperti berikut ini :-
Jawatan kosong LPPKN 13 Jun 2017 (Selasa)
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) sebagai:-Jururawat Gred U29 (1 kekosongan)
Syarat Lantikan :- Diploma dalam bidang Kejururawatan daripada universiti-universiti tempatan dan luar negara atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Pengamalan;
- Mempunyai Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) yang masih berkuatkuasa; dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Gaji = RM72.00 / sehari (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas);
CARA MEMOHON :
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui Laman Web :http://www.lppkn.gov.my
- Atau menghantar resume lengkap beserta salinan kelayakan berkaitan dan setaraf dengannya, salinan Sijil Pelajaran Malaysia, salinan kad pengenalan dan salinan lain-lain sijil yang berkaitan yang telah disahkan ke alamat berikut dengan menulis jawatan yang di pohon pada sudut kiri sampul surat. Permohonan yang tidak lengkap/lewat akan ditolak.
Unit Pentadbiran Am dan Perhubungan Awam
Pusat keluarga LPPKN Negeri Selangor
Jalan Sempadan 16/7, Sekyes 16
Peti Surat 7080, 40702 Shah Alam
Selangor
Pusat keluarga LPPKN Negeri Selangor
Jalan Sempadan 16/7, Sekyes 16
Peti Surat 7080, 40702 Shah Alam
Selangor
NOTA JAWATAN KOSONG
LPPKN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temuduga.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
TARIKH TUTUP13 Jun 2017 (Selasa)
SILA MUAT TURUN
BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG LPPKN
IKLAN JAWATAN KOSONG PSH LPPKN NEGERI SEMBILAN
IKLAN JAWATAN KOSONG PSH LPPKN NEGERI SEMBILAN