JAWATAN KOSONG TERKINI MBSA TARIKH TUTUP OGOS 2019
Kerja kosong terkini MBSA |
Tugas MBSA:
- Turut meliputi pembangunan insaniah dengan menganjurkan program –program kemasyarakatan berlandaskan konsep mesra rakyat untuk semua lapisan masyarakat.
- Menyalurkan bantuan kemiskinan, bencana alam, membanteras gejala sosial serta membantu golongan ibu tunggal dan warga emas.
VISI
Menjadikan Shah Alam sebuah bandaraya yang berkualiti, sejahtera, kondusif, dan terunggul.MISI
Meningkatkan tadbir urus MBSA sebagai organisasi yang efisien, efektif, kompeten, dinamis dan terus cemerlang.Kini MBSA membuka kekosongan seperti berikut ini :-
JAWATAN KOSONG TERKINI MBSA TARIKH TUTUP 01 OGOS 2019
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.Kekosongan Jawatan Sektor Kerajaan MBSA
- PEGAWAI PENGUATKUASA-KP41/44(1 Kekosongan)
- PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN-U41/42 (1 Kekosongan)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;
- Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
- Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
- Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
- Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.
Permohonan hendaklah dihantar kepada:
Seksyen Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 26, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor
Tarikh iklan dikeluarkan : : 18 Julai 2019
Tarikh tutup permohonan adalah pada :1 Ogos 2019
Muat Turun Senarai Jawatan Kosong MBSA disini