JAWATAN KOSONG TERKINI BANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD TARIKH TUTUP 22 APRIL 2017
Iklan Kerja Kosong Terkini Bank Persatuan Malaysia Berhad. Iklan Kerjaya terkini datang dari Sektor Bank iaitu Bank Persatuan Malaysia Berhad atau Coop Bank Persatuan. Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad ataupun ringkasnya 'Co-opbank Persatuan' adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya " The Province Wellesley Coo-operative Banking Union Limited ".
Kerja Kosong Terkini Bank Persatuan |
Visi
Menjadi Co-opbank Syariah Terunggul Di Malaysia
Misi
CoopBank komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada komuniti bagi:-
- Memberikan pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota
- Meningkatkan kebajikan anggota
- Menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti
- Mengamalkan nilai-nilai teras dalam prinsip koperasi
Kini Bank Persatuan Malaysia Berhad membuka kekosongan jawatan seperti berikut ini:-
JAWATAN KOSONG TERKINI BANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD TARIKH TUTUP 22 APRIL 2017
Pegawai Kawalan Pembiayaan Korporat-Kuala Lumpur
KELAYAKAN JAWATAN KOSONG
Deskripsi Tugas :
- Melakukan semakan tahunan terhadap akaun-akaun pembiayaan.
- Mengendalikan aktiviti-aktiviti kutipan dan memantau perjalanan proses litigasi terhadap akaun-akaun tertunggak.
- Melakukan ‘tindakan susulan’ ke atas kes-kes pembiayaan yang mempunyai tunggakan serius.
- Mencadang penstrukturan semula akaun-akaun bermasalah melalui perbincangan dengan peminjam.
Syarat:
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Kewangan, Perbankan dan Pengurusan Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
- Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun di dalam bidang Kawalan dan Pembiayaan Korporat.
- Berpengetahuan mengenai Akta Koperasi 1993, Akta Syarikat 1965, Islamic Financial Services Act 2013 dan Banking and Financial Institutes Act 1989 adalah satu kelebihan.
- Berfikiran kritis, tegas serta mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
CARA MEMOHON KERJAYA
- Sila kunjungi pautan berikut: Jawatan Kosong Bank Persatuan
- Pilih Kerja Kosong dimaksud
- Klik Apply Now (Bahagian bawah)
Demikian Iklan Kerja Kosong terkini semoga berfaedah.