JAWATAN KOSONG TERKINI Disember 2016 Januari 2017

Iklan Jawatan Kosong Terkini Disember 2016 Januari 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2016 2017

JAWATAN KOSONG TERKINI BANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD TARIKH TUTUP 22 OKTOBER 2016

Iklan Kerja Kosong Terkini Bank Persatuan Malaysia Berhad. Iklan Kerjaya terkini datang dari Sektor Bank iaitu Bank Persatuan Malaysia Berhad atau Coop Bank Persatuan.  Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad ataupun ringkasnya 'Co-opbank Persatuan' adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya " The Province Wellesley Coo-operative Banking Union Limited ". 
Kerja Kosong Terkini Bank Persatuan
Kerja Kosong Terkini Bank Persatuan

Visi

Menjadi Co-opbank Syariah Terunggul Di Malaysia

Misi

CoopBank komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada komuniti bagi:-
  • Memberikan pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota
  • Meningkatkan kebajikan anggota
  • Menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti
  • Mengamalkan nilai-nilai teras dalam prinsip koperasi
Kini Bank Persatuan Malaysia Berhad membuka kekosongan jawatan seperti berikut ini:-

JAWATAN KOSONG TERKINI BANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD TARIKH TUTUP 22 OKTOBER 2016

Ketua Pegawai Kewangan-penang

KELAYAKAN

  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan atau kelayakan yang berkaitan serta mempunyai sijil Chartered Financial Analyst (CFA), Chartered Accountant (CA) daripada IPT yang diiktiraf Kerajaan;
  • Mempunyai pengalaman minimum selama (5) tahun di peringkat pengurusan atasan merupakan satu kelebihan;
  • Menguasai/menunjukkan kebolehan kepimpinan, pengurusan kumpulan dan skill analisis.

Bidang Tugas Dan Tanggungjawab:

  • Bertanggungjawab membantu Ketua Pegawai Eksekutif menyediakan Pelan Perancangan Strategik 5 tahun dan Pelan Perniagaan Tahunan Co-opbank Persatuan termasuk memantau dan memastikan pelan-pelan tindakan dilaksana dan sasaran-sasaran yang ditetapkan tercapai.
  • Bertanggungjawab merancang, melaksana dan mengawalselia semua aktiviti harian utama berkaitan perakaunan dan kewangan Co-opbank ini dan subsidiarinya.
  • Memastikan semua perakaunan dan kewangan disediakan secara teratur, tepat, dan mematuhi GPO serta GP SKM/BNM serta memastikan semua pelaporan kewangan dan perakaunan bulanan/ tahunan disediakan dalam tempoh ditetapkan untuk ALK, ALCO dan juga kepada pihak Pengawal selia.
  • Bertanggungjawab mengurus dan memastikan modal syer Co-opbank mencukupi serta memberi pulangan yang optima kepada Anggota.
  • Bertanggungjawab memberi kerjasama kepada Pemeriksa dari SKM/BNM semasa pemeriksaan tahunan atau berkala dan juga dengan Juruaudit luar audit tahunan dilaksana.
  • Mengurus dan mengawalselia fungsi dan aktiviti Teknologi Maklumat, Sumber Manusia, Pentadbiran dan Pengurusan Harta selain dari fungsi Kewangan dan Perakaunan; mengawalselia dan membimbing wargakerja, mengenalpasti keperluan latihan, merangka/ menetapkan KPI, membuat penilaian prestasi, mencadang kenaikan pangkat serta pertukaran wargakerja termasuk pelarasan gaji.
  • Mengawalselia Ketua-ketua dibawah seliaan agar memberi perkhidmatan secara professional dan memuaskan kepada pelanggan termasuk pelanggan dalaman dan ‘stakeholders’.
  • Bertanggungjawab melaksana tugas lain-lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

CARA MEMOHON KERJAYA



  1. Sila kunjungi pautan berikut: Jawatan Kosong Bank Persatuan
  2. Pilih Kerja Kosong dimaksud
  3. Klik Apply Now (Bahagian bawah)
Demikian Iklan Kerja Kosong terkini semoga berfaedah.
Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Thanks for your comment