JAWATAN KOSONG TERKINI PERKESO 2021
Kerja Kosong Terkini Perkeso. Maklumat Kerjaya Sektor Kerjaan datang dari Perkeso . Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia, berperanan untuk melaksana dan mentadbir skim-skim keselamatan sosial melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Pada 1 Julai 1985, PERKESO telah berubah statusnya kepada sebuah Badan Berkanun. Mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.
Kerja Kosong Terkini PERKESO |
Visi
Peneraju keselamatan sosial yang unggul dan cemerlang menjelang tahun 2020.
Misi
Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja.
Objektif
Menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial berasaskan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.
DASAR PERKESO
DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan mengintegrasikannya di dalam aktiviti harian pengurusan. Pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang komprehensif akan memastikan budaya kerja yang selamat dan sihat bagi semua anggota, pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan PERKESO.
DASAR KESELAMATAN ICT
Dasar Keselamatan ICT PERKESO mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi PERKESO. Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di PERKESO dan pihak ketiga yang mempunyai keperluan capaian kepada aset ICT mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT PERKESO.
DASAR KUALITI PERKESO
PERKESO komited untuk memenuhi kepuasan pelanggan melalui usaha-usaha ke arah penambahbaikan yang berterusan.
kini Perkeso Membuka Kesempatan kerjaya terkini dengan banyak kekosongan seperti berikut ini :
JAWATAN KOSONG TERKINI PERKESO (PUSAT REHABILITASI PERKESO SDN. BHD.)
PENGURUS KES (Case Manager)
Deskripsi kerja
- Servis dengan senyuman.
- Gaji Minimum RM2,890.00
- Untuk bekerja sebagai Pengurus Kes dengan waktu bekerja Isnin-Jumaat (8.00am-5.00pm) dan pada hari Sabtu yang dipilih (Setengah Hari).
- Calon mesti mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda / Diploma Pascasiswazah / Ijazah Profesional dalam apa jua bidang.
- Bahasa yang diperlukan: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris
- Diperlukan sekurang-kurangnya 1 Tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan untuk jawatan ini.
- Kemahiran yang Diperlukan: Keutamaan diberikan kepada calon dengan pengalaman bekerja dalam Program Pengurusan Kurang Upaya, Terapi Pekerjaan, Fisioterapi, Pentadbiran, Pemasaran atau Kembali ke Tempat Kerja
- Sebaiknya Pengurus Kanan dengan Profesional Pengurusan Kurang Upaya Bersertifikat (CDMP) yang mengkhusus dalam Perkhidmatan Kembali ke Tempat Kerja, Pengurusan Kes dan Perkhidmatan Sosial & Kaunseling atau yang setaraf dengannya.
Kelayakan
Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pascasiswazah, Ijazah Profesional.
CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG
- Sila kelaman: Jawatan Kosong Terkini Perkeso
- Pili Iklan kekosongan Tersenarai
- Sila Daftar jika anda belum terdaftar , sila login ke laman dimaksud
- dan mohonlah secara onlen