JAWATAN KOSONG TERKINI Disember 2016 Januari 2017

Iklan Jawatan Kosong Terkini Disember 2016 Januari 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2016 2017

JAWATAN KOSONG TERKINI PERKESO 2016

Kerja Kosong Terkini Perkeso. Maklumat Kerjaya Sektor Kerjaan datang dari Perkeso . Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia, berperanan untuk melaksana dan mentadbir skim-skim keselamatan sosial melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Pada 1 Julai 1985, PERKESO telah berubah statusnya kepada sebuah Badan Berkanun. Mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.
Kerja Kosong Terkini PERKESO
Kerja Kosong Terkini PERKESO

Visi

Peneraju keselamatan sosial yang unggul dan cemerlang menjelang tahun 2020.

Misi

Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja.

Objektif

Menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial berasaskan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.

DASAR PERKESO

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan mengintegrasikannya di dalam aktiviti harian pengurusan. Pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang komprehensif akan memastikan budaya kerja yang selamat dan sihat bagi semua anggota, pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan PERKESO.

DASAR KESELAMATAN ICT

Dasar Keselamatan ICT PERKESO mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi PERKESO. Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di PERKESO dan pihak ketiga yang mempunyai keperluan capaian kepada aset ICT mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT PERKESO.

DASAR KUALITI PERKESO

PERKESO komited untuk memenuhi kepuasan pelanggan melalui usaha-usaha ke arah penambahbaikan yang berterusan.


kini Perkeso Membuka Kesempatan kerjaya terkini dengan banyak kekosongan seperti berikut ini :

JAWATAN KOSONG TERKINI PERKESO

KETUA PEGAWAI RISIKO GRED 28 (CHIEF RISK OFFICER

Taraf Jawatan: Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif
Lingkungan Gaji: RM11,030.00-RM22,610.00(Boleh tertakluk kepada gaji semasa dan Perakuan Lembaga PERKESO)
Kekosongan: 1 Kekosongan
Tempat: Bahagian Pengurusan Risiko

Kelayakan dan Syarat-syarat Lantikan :

  • Calon- calon bagi lantikan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Memilki Ijazah dalam bidang Pengurusan Risiko / Sains Aktuari / Statistik / Pelaburan Kewangan /  Perakaunan  atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam  bidang pengurusan risiko atau bidang yang berkaitan;
  • Memiliki  pengetahuan dan kepakaran dalam  memastikan semua aktiviti yang terdedah kepada risiko adalah terkawal dan terurus di semua peringkat di dalam organisasi. Disamping dapat meminimakan kerugian dan seterusnya memaksimumkan peluang bagi meningkatkan prestasi samada dari aspek kewangan dan imej organisasi.
  • Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa   Inggeris dengan baik;
  • Memiliki keterampilan, sifat kepimpinan, bermotivasi tinggi dan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Memiliki kelayakan dan latihan profesional dalam bidang  berkaitan adalah satu kelebihan.

JURUANALISA SISTEM GRED 23

Taraf Jawatan:   Tetap Dan Tidak Berpencen
Kumpulan Perkhidmatan:   Eksekutif
Lingkungan Gaji:   Lingkungan RM3,040.00 –  RM12,530.00
Kekosongan :   1 Kekosongan
Tempat:   Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat PERKESO

Kelayakan dan Syarat-syarat Lantikan:

  • Calon-calon bagi lantikan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya ole Kerajaan;
  • Keutamaan kepada calon yang memilki pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan perisian (Software Engineering)atau Sistem Komputer (Computer System) atau Rangkaian Komputer (Computer Network);
  • Berpengalaman dalam pembangunan perisian berasaskan bahasa pengaturcaraan Java dan pangkalan data Oracle adalah satu kelebihan;
  • Kemahiran komunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

PENGATUR PROGRAM KOMPUTER GRED 1

Taraf Jawatan:Tetap Dan Tidak Berpencen
Kumpulan Perkhidmatan:Eksekutif
Lingkungan Gaji :RM2,150.00–RM7,990.00 
Kekosongan:Tertakluk kepada keperluan semasa
Tempat :   Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat PERKESO

Kelayakan dan Syarat-syarat Lantikan

  • Calon-calonbagi lantikan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Diploma dalam bidang Sains Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Keutamaan kepada calon yang memilki pengetahuan dan pengalaman dalam pengaturcaraan Java, Software Engineering, Network and Security, Database System.
  • Kemahiran komunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG

  • Sila kelaman: Jawatan Kosong Terkini Perkeso
  • Pili Iklan kekosongan Tersenarai
  • Sila Daftar jika anda belum terdaftar , sila login ke laman dimaksud
  • dan mohonlah secara onlen

Nota jawatan Kosong:

Tarikh Tutup Jawatan Kosong ....2016
Demikian Maklumat jawatan kosong terkini semoga berfaedah.amin
Sumber
Previous
Next Post »
Thanks for your comment