JAWATAN KERJA KOSONG KERAJAAN PEMANDU INTERNSHIP 2016
Kerja Kosong Terkini Pemandu Internship 2016. Maklumat kerjaya terkini datang dari sektor kerajaan iaitu Pemandu. Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dengan rasminya telah ditubuhkan pada 16 September, 2009 dan merupakan satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri. Tujuan utama dan objektif PEMANDU adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri.
Jawatan Kosong Terkini PEMANDU |
Pengerusi bagi PEMANDU ialah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Jawatan sebagai Ketua Eksekutif pula disandang oleh YBhg Dato' Sri Idris Jala. Sementara tanggungjawab penyampaian menyeluruh untuk keberhasilan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) bergantung kepada Menteri yang berkaitan, dan kejayaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bergantung kepada sektor swasta, PEMANDU telah diberi mandat untuk menjadi pemangkin perubahan dalam penyampaian sektor awam dan swasta, menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian dan menyediakan pandangan bebas berkaitan dengan prestasi dan kemajuan kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri. Melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam NKEA, PEMANDU telah ditugaskan untuk memudahcara pelaksanaan Projek Permulaan (EPP) dan Peluang Perniagaan (BO) yang telah dikenalpasti untuk memastikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Untuk membolehkan PEMANDU menjalankan tugasnya dengan lebih efektif, sumber manusianya menggabungkan kepakaran yang terbaik dari sektor swasta dan juga perkhidmatan awam.
Iklan Jawatan Kosong Terkini Pemandu adalah seperti berikut ini:
JAWATAN KERJA KOSONG KERAJAAN PEMANDU INTERNSHIP 2016
PEMANDU sedang mencari pemimpin muda, berbakat & bersemangat! Pengalaman latihan akan berlangsung dari 2 hingga 4 bulan, bergantung kepada jadual dan prestasi pelatih. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai PEMANDU, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) di www.pemandu.gov.my. Sila ambil perhatian bahawa kami akan memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar universiti di tahun kedua terakhir pengajian.
PERIODE: JANUARI-DISEMBER 2016
CARA MEMOHON
Sila pohon ke alamat : https://goo.gl/RhlGcf
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi pautan http://goo.gl/hQ6wlw