JAWATAN KOSONG TERKINI Julai 2018

Iklan Jawatan Kosong Terkini Julai 2018 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy Julai 2018

JAWATAN KOSONG KERAJAAN INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA TARIKH TUTUP 16 APRIL 2018

Kerja Kosong Terkini Kerajaan Inststitut Penyelidikan Perhutanan Malaysia(FRIM). Iklan jawatan kosong terkini datang dari sektor Kerajaan iaitu Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ialah salah sebuah institusi yang terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1985.
Kerja Kosong Terkini IPP
Kerja Kosong Terkini IPP
Sejak tahun 2003, kedua-dua FRIM dan MFRDB telah dipindahkan ke bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Institut ini terletak di kawasan seluas 545 hektar bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong di perbandaran Kepong, kira-kira 16 km barat laut dari Kuala Lumpur. FRIM yang diterajui Dato’ Dr Abd Latif Mohmod sebagai Ketua Pengarah semenjak tahun 2008 telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2000 pada Disember 2007. FRIM kemudiannya telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi pada 10 Februari 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, dan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah akta yang sama pada 10 Mei 2012.
Kini IPP Malaysia mempelawa warganegara Malaysia dengan membuka kekosongan jawatan terkini seperti berikut:-

JAWATAN KOSONG KERAJAAN INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA TARIKH TUTUP 16 APRIL 2018

Permohon  adalah  dipelawa  daripada  warganegara  Malaysia  berumur  18  tahun  ke  atas  yang  berkelayakan  bagi  mengisi  jawatan  berikut  di  Institut  Penyelidikan  Perhutanan  Malaysia (FRIM).

#1 PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19

TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK
JADUAL GAJI : RM 1,353.00 (Minimum) – RM 4,005.00 (Maksimum)
IMBUHAN
  • Tetap Khidmat Awam :RM115.00
  • Tetap Perumahan :RM300.00
  • Bantuan Sara Hidup  :RM300.00
SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan  jawatan;

#2 PEMANDU KENDERAAN GRED H11

TARAF JAWATAN   : TETAP / KONTRAK
JADUAL GAJI  : RM 1,218.00 (Minimum) – RM 2,939.00 (Maksimum)

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 80.00
IMBUHAN
Tetap Khidmat Awam :RM95.00
Tetap Perumahan :RM300.00
Bantuan Sara Hidup  :RM300.00

Sila muat Turun Syarat dan kelayakan Jawatan Kosong lengkap disini:
Jawatan Kosong FRIM

CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG


Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan  dalam  talian y ang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia(FRIM). Hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian FRIM (http://www.frim.gov.my/general-public/career-opportunities/) akan diproses. Calon dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik,pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 16 April 2018 (Isnin)
CATATAN AM
  • Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Demikian Maklumat Iklan Kerjaya terkini semoga berfaedah.

Subscribe to receive free email updates: