Jawatan Kosong Majlis Tanjung Malim
Peluang Jawatan Kosong datang dari Majlis Tanjung Malim 2021, iklan pekerjaan sektor Kerajaan. Majlis Daerah Tanjong Malim ialah majlis daerah yang bertanggungjawab mengurus daerah Muallim di Perak, Malaysia.
Jawatan Kosong Majlis Tanjung Malim |
Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim merangkumi Tanjung Malim yang merupakan bandar yang paling selatan di negeri Perak, Bandar Baru yang dikenali sebagai Bandar Behrang 2020, Behrang Stesyen, Proton City, Slim River dan Trolak juga terletak di dalam kawasan Wilayah Perak Selatan (WPS) yang merangkumi 4 daerah yang terletak di selatan 0erak iaitu Daerah Bagan Datuk, Teluk Intan (Hilir Perak), Tapah (Batang Padang) dan Muallim (Tanjung Malim).
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut. Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan seperti berikut :-
Iklan Jawatan Kosong Majlis Tanjung Malim 2021- Nama Jawatan: Penolong Pegawai Penilaian Gred W29/W32
- Kekosongan :1
- Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG:
Permohonan jawatan hendaklah dipohon secara atas talian (online) melalui sistem permohonan jawatan kosong di laman web https://digital.perak.my/perjawatan/ (perlu daftar terlebih dahulu dan log masuk ke aplikasi) bermula 24 Februari 2021 (Rabu). Permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen sampingan kepada:
Yang Dipertua
Majlis Daerah Tanjong Malim
Peti Surat 59
35900 Tanjong Malim
Tarikh tutup permohonan : 10 Mac 2021 (Rabu)Syarat dan Kelayakan Jawatan Kosong sila muat turun disini