JAWATAN KOSONG OLEH JABATAN PERTANIAN SARAWAK 30 JUN 2017
Jawatan kosong terkini Jabatan Pertanian Sarawak. Jabatan Pertanian Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1924 apabila seorang Pengarah Pertanian British telah dilantik. Inilah mula penglibatan Kerajaan membangunkan pertanian di Sarawak. Usaha-usaha pembangunan pertanian yang melibatkan tanaman telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian mulai 1929.
Jawatan kosong terkini Jabatan Pertanian Sarawak |
Semenjak itu, ia telah berkembang pesat dalam soal tenaga kerja dan meliputi pelbagai program serta aktiviti. Pada masa kini, tumpuan Jabatan bukan hanya pada tanaman, tetapi juga perikanan darat, penyelidikan & pembangunan, pembangunan institusi peladang dan pembangunan sumber manusia & pengembangan.
Kini Jabatan Pertanian Sarawak membuka jawatan kosong seperti berikut ini :-
JAWATAN KOSONG OLEH JABATAN PERTANIAN SARAWAK 30 JUN 2017
Jabatan Pertanian Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-
- Pegawai Ehwal Ekonomi E41:Kekosongan 1 Tetap dan Berpencen
- Pegawai Penyelidik Q41 Kekosongan 2 Tetap dan Berpencen
- Pegawai Penyelidik Q41 Kekosongan 8 Jawatan Berasaskan Caruman
- Pegawai Veterinar G41 Kekosongan 3 Tetap dan Berpencen
- Penolong Pegawai Pertanian G29 Kekosongan 10 Tetap dan Berpencen
- Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 Kekosongan 5 Tetap dan Berpencen
- Penolong Pegawai Veterinar G29 Kekosongan 6 Tetap dan Berpencen
Cara Memohon Jawatan Kosong
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.
Sila rujuk SYARAT-SYARAT DAN CARA MEMOHON, dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment. - Untuk makluman lanjut, sila hubungi pejabat Jabatan Pertanian Sarawak - 082-441 000
Tarikh tutup permohonan (replika data) : 30 Jun 2017