JAWATAN KOSONG TERKINI PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2021
Kerja Kosong Terkini Perbadanan Insurans Deposit Malaysia . Iklan Kerjaya terkini datang dari Sektor Kerajaan iaitu PIDM , dimana PIDM ialah agensi Kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM). Peranan PIDM di bawah Akta PIDM ini adalah untuk mentadbir Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans untuk melindungi pendeposit dan pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya sesebuah institusi ahli mengalami kegagalan. PIDM juga diberi mandat untuk menyediakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan, serta menggalak dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.
Kerja Kosong Terkini PIDM |
Mandat PIDM
Mandat PIDM dinyatakan dalam Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, dan matlamatnya adalah untuk:
- Mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans;
- Menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit dan menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat takaful atau insurans;1
- Menyediakan insentif bagi pengurusan risiko wajar dalam sistem kewangan; dan
- Menggalak atau menyumbang kepada kestabilan kewangan sistem.2
- Dalam mencapai matlamatnya di bawah perenggan (1) dan (2), Perbadanan akan bertindak dengan cara yang meminimumkan kos kepada sistem kewangan.
Visi PIDM
Menjadi pihak berkuasa perlindungan konsumer kewangan dengan amalan terbaik
Misi PIDM
PIDM berusaha menggalak dan menyumbang kepada keyakinan awam terhadap kestabilan sistem kewangan negara dengan:
- Melindungi deposit Islam dan konvensional;
- Melindungi manfaat takaful dan insurans; dan
- Memenuhi mandat perlindungan konsumer kewangan PIDM secara efektif dan efisien, dengan mengambil kira kepentingan pemegang kepentingan utama kami dan kakitangan PIDM.
Kini PIDM membuka kekosongan jawatan seperti berikut ini:-
JAWATAN KOSONG TERKINI PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA
PDIM mempelawa warganegara Malaysia sebagai kandidat untuk mengisi kekosongan seperti berikut:-
Syarat dan KelayakanContract Executive – Board Services (1 year contract)
1. Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan / Sumber Manusia atau setaraf.
2. Sekurang-kurangnya 3 Tahun pengalaman kerja dalam Sumber Manusia, Kesetiausahaan Syarikat atau bidang yang berkaitan.
3. Kemahiran teknikal yang diperlukan:
- Penyelidikan dan analisis data
- Kemahiran pengurusan media sosial (khususnya platform LinkedIn)
- Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint)
- Penguasaan Bahasa Inggeris lisan dan tulisan yang baik
- Ketangkasan belajar
- Urus maklumat sulit
- Perhatian terhadap perincian
- Keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan dan tarikh akhir yang ketat
DETAIL DAN CARA MEMOHON KERJA KOSONG
- Sila kelaman: Jawatan Kosong PIDM
- Pili kerjaya kosong dimaksud