JAWATAN KOSONG TERKINI MAIK TARIKH TUTUP 10 OKTOBER 2018
Iklan Kerja Kosong Terkini MAIK. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK) merupakan sebuah perbadanan (badan) agama khas telah wujud sejak Kerajaan Negeri Kedah menerima pakai Undang-undang Islam di dalam sistem pemerintahnya iaitu di antara tahun 1136 – 1179. Badan ini kekal turun – temurun sehingga sekarang. Walaubagaimanapun , struktur dan fungsinya telah dibuat penambahbaikan secara berterusan melalui proses perundangan bagi membolehkannya mentadbir urus hal ehwal agama Islam dengan berkesan dan selari dengan perkembangan semasa.
Jawatan Kosong MAIK |
MAIK yang ada sekarang ditubuhkan pada tahun 2008 mengikut seksyen 5 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 2008) iaitu undang-undang utama semasa yang digunapakai dalam mentadbir urus hal ehwal agama Islam negeri Kedah. Enakmen 2008 memperuntukkan identiti MAIK sebagai perbadanan boleh diubahsuai mengikut keperluan atau seperti yang dititah oleh Kebawah duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
Enakmen ini juga memperuntukkan tanggungjawab MAIK adalah untuk membantu dan menasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan membantu dan mengusaha kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di negeri Kedah selaras dengan Hukum Syarak. Tanggungjawab yang sama juga diperuntukkan di dalam Perlembagaan negeri Kedah di bawah Perkara 33B (1) dan (2), iaitu untuk menolong dan memberi nasihat secara berterusan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah selaku Ketua Agama Islam negeri dalam melaksana bidang kuasa agama Islam (Ahli Sunnah Waljama’ah) di negeri Kedah.
Bagi melaksana tanggungjawab ini, MAIK membuat dan melaksana dasar-dasar berkaitan dengan agama Islam berpandukan kepada Hukum Syarak. Tanggungjawab ini dilaksana dengan menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa dan jabatan-jabatan pelaksana khusus seperti Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman dan Pusat Bimbingan Islam.
Iklan Jawatan Kosong MAIK
Peluang kerjaya terkini di Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman mereka yang berkelayakan dan berminat diperlawa untuk segera membuat permohonan jawatan-jawatan kosong terkini yang ditawarkan seperti berikut:-
- Pembantu Hal Ehwal Islam ( Guru ) (PUSBA) Gred S19
- Pemandu Kenderaan Gred H11
- Pemandu Kenderaan Gred H11
- Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
- Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
Kelayakan Jawatan Kosong
- Calon hendaklah daripada kalangan warganegara malaysia yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 10/10/2018.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon.
CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG MAIK 2018
Sila muat turun Syarat Pelantikan Penuh Jawatan Kosong Berikut ini :-Jawatan Kosong MAIK 2018Nota Jawatan Kosong:-
- Tarikh tutup Jawatan : 10 Oktober 2018
- Hanya Calon yang berkalayakan yang akan dihubungi