JAWATAN KOSONG TERKINI PTPTN TARIKH TUTUP 22 NOVEMBER 2015
Kerja Kosong Terkini PTPTN Tarikh tutup 22 November 2015. Iklan Jawatan Kosong Terkini datang dari Sektor kerajaan yaitu PTPTN kependekan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional . PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yang diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut.
Kerja Kosong Terkini PTPTN |
Selain itu, PTPTN juga turut menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai "Skim Simpanan Pendidikan Nasional" (SSPN) yang merupakan suatu bentuk produk tambahan, yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan. Dalam pada itu juga PTPTN turut melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia.
PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
VISI
Menjadi institusi peneraju dalam pengurusan pembiayaan pengajian tinggi menjelang tahun 2015
MISI
Mengurus sumber kewangan bagi pembiayaan pendidikan pelajar - pelajar di institusi pengajian tinggi
OBJEKTIF
Memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) selaras dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan
Kini PTPTN membuka kekosongan jawatan terkini seperti berikut ini :-
JAWATAN KOSONG TERKINI PTPTN
TARIKH TUTUP 22 NOVEMBER 2015
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih dari 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan bertaraf kontrak seperti berikut :
Penolong Pegawai Tadbir GRED N27
SYARAT LANTIKAN :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
CARA MEMOHON
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my sebelum atau pada 22 November 2015.
- Calon yang memenuhi syarat kelayakan dan melepasi tapisan pemilihan sahaja akan dipertimbangkan untuk sesi temuduga. Calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui emel bagi makluman tarikh temuduga
MUAT TURUN SYARAT IKLAN KERJAYA
FORM PERMOHONAN ONLINE