Monday, April 17, 2017

Jawatan Kosong Kumpulan Media Karangkraf 30 April 2017

Iklan Kerja Kosong Swasta Terkini 2017- Kumpulan Media karangkraf adalah penerbit, pencetak dan pengedar majalah, akhbar dan novel yang terbesar di Malaysia dan telah beroperasi di Malaysia sejak lebih dari 30 tahun lalu. Kumpulan Media Karangkraf menerbit Al-Quran, Sinar Harian, hampir 30 majalah dan buku-buku dalam pelbagai kategori. 
Jawatan Kosong Kumpulan Media Karangkraf
Jawatan Kosong Kumpulan Media Karangkraf
Kerjaya Kumpulan Media Karangkraf juga merupakan salah sebuah pencetak komersial yang terbesar dan mempunyai mesin-mesin percetakan dan penjilidan yang tercanggih di Malaysia. Ekoran daripada perkembangan perniagaan kami dan peningkatan yang memberangsangkan maka kami dengan ini mempelawa individu yang berminat dan mempunyai kelayakan bagi mengisi kekosongan Jawatan berikut:

Jawatan Kosong Kumpulan Media Karangkraf 30 April 2017

Pemandu peribadi bod

Lokasi: shah alam
Bidang Tugasan:
Pemandu peribadi kepada ahli Lembaga Pengarah dan keluarga
Kelayakan Jawatan:
  • Kelulusan minimum SPM.
  • Lelaki, di antara 30 - 45 tahun.
  • Mempunyai lesen memandu D yang sah dan rekod pemanduan yang baik.
  • Mahir dan mudah memahami selok-belok jalan di kawasan Lembah Klang.
  • Berperwatakan menarik dan kemas, penglihatan dan kesihatan pada tahap yang baik
  • Bersedia untuk kerja di luar daerah, lebih masa dan pada hari cuti.

Pemandu lori

Lokasi: shah alam, prai & kb

Bidang tugas & kelayakan Jawatan:

  • Lelaki.
  • Kelulusan minimum SPM.
  • Mempunyai lesen memandu GDL yang sah dan rekod pemanduan yang baik.
  • Penglihatan dan kesihatan pada tahap yang baik.
  • Mahir dan mudah memahami selok-belok jalan di kawasan Prai.
  • Bersedia untuk bekerja di luar daerah, lebih masa dan pada hari cuti.
  • Membantu Eksekutif Pemasaran bagi menjalankan aktiviti-aktiviti promosi seperti product sampling, jualan dan ekspo bergerak.

CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG

  1. Sila layari Iklan jawatan Kosong karangkraf
  2. Pilih Senarai Jawatan Kosong Dimaksud
  3. Klik butang mohon sekarang
  4. Mohonlah secara onlen

Nota Jawatan:

Calon yang memohon jawatan tetapi gagal untuk menghadiri temuduga apabila dijemput boleh DISENARAIHITAMKAN untuk permohonan jawatan akan datang
Sebelum atau selewat-lewatnya pada  30 April 2017


Artikel Terkait