JAWATAN KOSONG TERKINI Januari 2017 FEBRUARI 2017

Iklan Jawatan Kosong TerkiniJanuari 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2017 2018

Jawatan Kosong Kerajaan MDSB 14 Disember 2016

Iklan Kerja Kosong MDSB Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, PBT bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga  Bandaran. Bidang kuasa meliputi kawasan :-
  • Majlis Tempatan Sekinchan
  • Majlis Tempatan Sungai Besar
  • Majlis Tempatan Sungai Air Tawar, Dan
  • Lembaga Bandaran Sabak Bernam

Misi

Memberi kesejahteraan kepada masyarakat Sabak Bernam dengan menyediakan perkhidmatan yang Berdaya, Berbakti dan Berkualiti.

Visi

Menjadi Daerah terunggul dalam pembangunan sumberjaya pertanian melalui pencapaian Daerah Agropolitan yang mampan & berdaya maju.
Jawatan Kosong Kerajaan MDSB
Jawatan Kosong Kerajaan MDSB
Jawatan Kosong MDSB-Untuk menuju Misi dan Visi Majlis Daerah Sabak Bernam membuka jawatan kosong seperti berikut ini :-

Jawatan Kosong Kerajaan MDSB 14 Disember 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Daerah Sabak Bernam / Selangor serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam.
  • JAWATAN KOSONG PEGAWAI TADBIR,GRED N41
  • JAWATAN KOSONG  PENOLONG JURUUKUR BAHAN,GRED JA29
  • JAWATAN KOSONG  PENOLONG PEGAWAI SENI BINA,GRED JA29
  • JAWATAN KOSONG  PEMBANTU PENILAIAN,GRED W19
  • JAWATAN KOSONG  PEMANDU KENDERAAN,GRED H11
  • JAWATAN KOSONG  PENGAWAL KESELAMATAN,GRED KP11(LELAKI SAHAJA)

PERHATIAN KEPADA PEMOHON JAWATAN KOSONG:

  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDSB dengan bayaran RM2.00 bagi setiap borang yang boleh didapati dari Jabatan Khidmat Pengurusan, atau boleh dimuat turun menerusi laman Web  Majlis Daerah Sabak  Bernam di alamat www.mdsb.gov.my.
  • Borang- borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan:-
  1. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
  2. Salinan Sijil- Sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah Menengah,
  3. Salinan kelulusan akedemik (Sila lampirkan bersama surat pengesahan
  4. pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi
  5. Sijil / Diploma / Ijazah dari IPTS dan luar negara – (Jika berkenaan)
  6. Transkip keputusan peperiksaan semua semester
  7. Sekeping gambar berukuran pasport (Warna).
  • Setiap permohonan mesti di masukan kedalam sampul surat serta nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.
  • Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah diserta bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
  • Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.

PERMOHONAN YANG BERIKUT AKAN DITOLAK :-

  • Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
  • Tidak lengkap dan tidak terang
  • Tidak memenuhi syarat – syarat kelayakan
  • Tidak ditandatangani
  • Diterima selepas tarikh tutup iklan.
Satu borang hanya untuk satu jawatan sahaja

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
CATATAN AM: 
Permohonan pengisian jawatan yang tidak menepati dasar perlantikan Anak Negeri Selangor adalah ditolak kecuali dalam keadaan di mana tidak ada calon yang layak dari Negeri Selangor.

Nota Jawatan Kosong:

Tarikh diiklankan pada  01 Disember 2016 (Khamis)
Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Disember 2016 (Rabu Jam 4.00 Petang)
 Hanya calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.

SILA MUAT TURUN:

Previous
Next Post »
Thanks for your comment

Featured Post

Senarai Jawatan Kosong Januari 2017

Segenap Pengurus Jawatan Kosong3 Mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 Semoga di Tahun yang Baru Bro dan Sis mendapatkan Jobs / Jawatan sesu...