Thursday, July 27, 2017

JAWATAN KOSONG SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH OGOS 2015

Kerja Kosong Terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) Ogos 2015. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS. Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah  Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah boleh melantik seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak melebihi 8 orang Ahli. Pada masa ini Ahli-ahli SPANS terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 7 orang Ahli.
Ikalan jawatan Kosong Terkini SPAN
Ikalan jawatan Kosong Terkini SPAN

Bagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Bagaimanapun tanggungjawab mutlak (ultimate responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur.

VISI DAN MISI

Visi

  • Perkhidmatan Awam Negeri yang berwibawa dan serba boleh yang dapat memainkan peranan dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Misi

  • Memilih anggota Perkhidmatan Awam yang terbaik;
  • Memastikan perkhidmatan mereka teratur; dan
  • Mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.

Fungsi-Fungsi

  1. Pelantikan;
  2. Pengesahan Jawatan;
  3. Pemberian Taraf Berpencen;
  4. Kenaikan Pangkat;
  5. Pertukaran; dan
  6. Kawalan Tatatertib anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Objektif

  • Memastikan urusan pengambilan, pelantikan, perkhidmatan dan tindakan tatatertib Pegawai Awam Negeri dilaksanakan dengan adil, saksama, tepat, cepat dan efisien.
Kini SPANS membuka Kekosongan Jawatan seperti berikut ini :-

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-
  • JAWATAN KOSONG JURUTERA    
  • JAWATAN KOSONG PEGAWAI VETERINAR    
  • JAWATAN KOSONG PEMANDU KENDERAAN    
  • JAWATAN KOSONG PENOLONG PEGAWAI TADBIR    
  • JAWATAN KOSONG PEMBANTU LAUT    
  • JAWATAN KOSONG PEGAWAI PENYELIDIK    
  • JAWATAN KOSONG PENOLONG PEGAWAI VETERINAR    
  • JAWATAN KOSONG PENGAWAL KESELAMATAN . 
 Tarikh tutup jawatan kosong 07 OGOS 2017
Untuk Muat Turun Dan Syarat Permohonan Lengkap Sila Kunjungi Pautan berikut ini :
Jawatan Kosong SPAN

Artikel Terkait