JAWATAN KOSONG TERKINI JUN JULAI 2017

Iklan Jawatan Kosong Terkini Jun Julai 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2017 2018

KERJA KOSONG KPM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK 10 APRIL 2017

Jawatan Kosong Kementrian Pendidikan Malaysia.KementerianPendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Pengajar Interim bagi mengisi kekosongan bidang Pendidikan Islam di Negeri Sarawak.
KERJA KOSONG KPM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
KERJA KOSONG KPM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

KERJA KOSONG KPM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK 10 APRIL 2017

  • Tajuk   : Pengambilan Pengajar Interim di Negeri Sarawak, ambilan tahun 2017;
  • Nama Jawatan : Pengajar Interim;
  • Bidang  : Pendidikan Islam; dan
  • Tempoh Interim : Tiga (3) tahunsahaja.

KELAYAKAN JAWATAN KOSONG

Calon-calon hendaklah:
  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat tubuh badan;
  • Umur tidak melebihi 30 tahun pada 1 Januari2017;
  • Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya  Lulusan   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Pengajian Islam daripada Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Pemohon yang memiliki ijazah daripada IPTS tempatan dan  institusi luar negara perlu memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan merujuk kepada laman web KPT di alamat http://app.mohe.gov.my/iktiraf/.; dan 
  • Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan/ Gred   : Pengajar Interim/DG41.
Bayaran Elaun Bulanan : RM 2,149.03bagiijazah
Kepujian; atau RM 1,944.62 bagi ijazah Am.

ELAUN JAWATAN KOSONG

  • Elaun Tetap dan Kemudahan yang dinyatakan di bawah ini mengikut syarat dan kadar yang sedang berkuat kuasa seperti berikut bagi yang layak:
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2006;
  • Bantuan Sara Hidup berdasarkan Pekeliling  Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012;
  • Bayaran Insentif Pedalaman berdasarkan Pekeliling  Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2000 atau Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2016 (sekiranya berkhidmat di sekolah pedalaman);
  • Elaun Balik Kampung berdasarkan Surat Pekeliling  Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 6 Tahun 2014(sekiranya berkhidmat di sekolah pedalaman);
  • Elaun dan kemudahan bagi pegawai yang bertugas rasmi  di luar kawasan ibu pejabat berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013;
  • Elaun Perumahan Wilayah berdasarkan Pekeliling  Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 (pindaan kadar);
  • dan
  • Bayaran Insentif Wilayah berdasarkan Pekeliling  Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 (pindaan kadar).

Kemudahan lain:

  • Cuti Sakit di bawah Perintah Am 17 Bab C;
  • Cuti Penggal Sekolah Bergaji Penuh; dan
  • Rawatan perubatan dan pergigian, kelayakan dan wad di Hospital dan Klinik-klinik Kerajaan untuk diri sendiri sahaja tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Elaun & Kemudahan yang tidak layak diperolehi:

  • Imbuhan Tetap Perumahan;
  • Rawatan perubatan di luar negeri;
  • Pinjaman perumahan/ kenderaan/ komputer;
  • Cuti separuh gaji;
  • Cuti tanpa gaji;
  • Cuti bersalin;
  • Cuti belajar;
  • Cuti kecederaan;
  • Cuti kerantina;
  • Cuti Tibi, Kusta dan Barah;
  • Cuti tanpa rekod; dan
  • Cuti haji.

CARA MELAKUKAN PERMOHONAN JAWATAN

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat: http://www.jobsmalaysia.gov.my/ mulai 16 Mac 2017. 
  • Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. 
  • Calon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.
Demikian Jawatan Kosong Sarawak Kementrian pendidikan semoga berfaedah amin .
Sila Muat Turun :

Subscribe to receive free email updates:

Featured Post

JAWATAN KOSONG PETRONAS TARIKH TUTUP 25 JUN 2017

Kerja Terkini Kosong Petronas . Iklan kerjaya terlengkap ya hanya di sini. Kali ini datang dari Petronas siapa yang tak kenal Petronas? Pe...