Monday, March 13, 2017

Jawatan Kosong Unisel 17 Mac 2017

Jawatan Kosong 2017 Mac 2017. Universiti Selangor (UNISEL) merupakan sebuah universiti swasta yang diberikan taraf ‘Tier 5’ iaitu Universiti Cemerlang oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Jawatan Kosong Unisel
Jawatan Kosong Unisel
Ditubuhkan pada tahun 1999, Unisel kini menawarkan pelbagai program pengajian di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya. Sesuai dengan keperluan semasa, kami ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut.

Jawatan Kosong Unisel 17 Mac 2017 

JAWATAN :

  • PENOLONG PENDAFTAR / PENOLONG PENGURUS (GRED 41)
  • PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED 27)

STATUS : KONTRAK (1 TAHUN)

Universiti Selangor (UNISEL) ingin melantik Penolong Pendaftar / Penolong Pengurus (Gred 41) dan Penolong Pegawai Tadbir (Gred 27) yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi mengisi kekosongan jawatan dan keperluan yang terdapat di fakulti dan jabatan berkaitan dengan kelayakan akademik seperti berikut :-

PENOLONG PENDAFTAR / PENOLONG PENGURUS (GRED 41)

Kelayakan jawatan Kosong 
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun; 
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia / Pengurusan Pentadbiran / Pengurusan
  • Perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
  • diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) sekurang-kurangnya Gred C
  • pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • Berpengalaman bekerja di fakulti / jabatan Institusi Pengajian Tinggi sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang akademik dan pentadbiran. 


PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED 27)

Kelayakan Jawatan
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun;
  • Mempunyai Diploma dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia / Pengurusan Pentadbiran /
  • Pengurusan Perniagaan yang  diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau 
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) (Gred Lulus Penuh) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia; atau 
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (Jayyid) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia; dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) sekurang-kurangnya Gred C  pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • Berpengalaman bekerja di fakulti / jabatan Institusi Pengajian Tinggi sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang akademik  dan pentadbiran. 

TATACARA MEMOHON JAWATAN

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Surat Permohonan beserta gambar berukuran passport terkini, sijil-sijil  yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :-
  • Latar belakang peribadi (termasuk No. Kad Pengenalan), keluarga, alamat surat menyurat, nombor telefon dan  email untuk dihubungi;
  • Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja;
  • Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peingkat termasuk di peringkat Antarabangsa;
  • Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat / penduduk setempat / kariah dan sebagainya. 
  • Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :-
Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor
Tel  : 03-3280 5077 / 03-3280 5058  
Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.
Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 17 Mac 2017
Lain-lain:
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah  menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 
  • Permohonan yang tidak lengkap iaitu tidak mengisi borang permohonan, tidak menyertakan sijil-sijil akademik, tiada gambar, tiada resume terkini tidak akan diproses.
Sila Muat Turun Iklan disini:

Artikel Terkait