JAWATAN KOSONG TERKINI Ogos 2017 September 2017

Iklan Jawatan Kosong Terkini Ogos 2017 September 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2017 2018

Jawatan Kosong Lembaga Air Kuching 21 April 2017

Jobs Malaysia /Kerja kosong Kerajaan- Lembaga Air Kuching telah ditubuhkan pada 1 Januari 1959, dengan kuasa Akta Lembaga Air Kuching 1959, Notification No. S. 12 of 1959, di bawah Seksyen 2 dan 3, Ordinan Bekalan Air untuk mengambil alih Bekalan Air Kuching daripada Jabatan Bekalan Air Sarawak. Pada 1 Jun 1995, Ordinan Bekalan Air (Sarawak Cap. 141) yang sedia ada dimansuhkan dan digantikan dengan Ordinan Air 1994. Pada Januari 2001, Lembaga Air tersebut telah ditubuhkan semula di bawah Lembaga Air Kuching 2001. 
Jawatan Kosong Lembaga Air Kuching 10 Mac 2017
Jawatan Kosong Lembaga Air Kuching 10 Mac 2017
Lembaga Air Kuching bertanggungjawab dalam pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan semua kerja pengepaman air dalam kawasan bekalannya dan polisi Lembaga Air Kuching adalah untuk mengembangkan pusat dan membangunkan kemudahan-kemudahan lain supaya dapat memberi bekalan air berkualiti yang mencukupi dalam kawasan bekalannya. Penyesuaian sistem bekalan air adalah berdasarkan segala aspek kemodenan dan pembangunannya dirangka untuk memenuhi permintaan perkembangan pembangunan yang dirancang.

Sejak permulaan operasinya pada tahun 1959, Lembaga Air Kuching telah beroperasi sebagai organisasi kerajaan yang bebas. Organisasi ini mempunyai pejabatnya sendiri, tempat rawatan dan tugas-tugas pembekalan air yang lain, bengkel, stor dan kemudahan pengangkutannya yans sendiri. 
Lembaga Air Kuching tidak berorientasikan keuntungan tetapi merupakan organisasi perkhidmatan awam yang tujuan tunggalnya hanya untuk membekalkan air yang bersih dan boleh dipercayai kepada pengguna bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya.(Wikipedia)
Lembaga Air Kuching mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

Jawatan Kosong Lembaga Air Kuching 21 April 2017

Lembaga Air Kuching membuka jawatan kosong terkini seperti berikut ini :-

Jawatan PENOLONG AKAUNTAN (LEMBAGA AIR KUCHING)

Taraf Jawatan TETAP
Kumpulan Perkhidmatan PELAKSANA Klasifikasi Perkhidmatan KEWANGAN
Tempoh Percubaan 1 HINGGA 3 TAHUN
Gred Gaji W32
Gaji Minimum : RM2,848.00 Gaji Maksimum : RM6,259.00
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,510.92); atau
  • Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji permulaan: RM1,510.92); atau
  • diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan : RM1,776.08); atau
  • Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM2,001.68).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

CARA PERMOHONAN JAWATAN

Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.
Sila rujuk :
SYARAT-SYARAT DAN CARA MEMOHON, dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.


Nota Am:

Semua pemohon dikehendaki menghantar satu salinan fotostat dokumen seperti berikut:
  • Salinan maklumat peribadi pemohon yang dicetak dari sistem e-Recruitment
  • Gambar berukuran paspot (satu keping)
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Lahir
  • Sijil Akademik
Kepada:
PENGURUS BESAR
LEMBAGA AIR KUCHING
JALAN BATU LINTANG
93200 KUCHING.

Pemohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
  • Tidak lengkap
  • Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan
  • Diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan
Sila hubungi Lembaga Air Kuching untuk maklumat lanjut mengenai kekosongan jawatan ini.
No. tel : 082 - 222 222
Tarikh tutup permohonan (replika data) : 21 April 2017
Sila rujuk ke laman jawatan kosong berikut

Subscribe to receive free email updates:

Featured Post

JAWATAN KOSONG PETRONAS TARIKH TUTUP 25 JUN 2017

Kerja Terkini Kosong Petronas . Iklan kerjaya terlengkap ya hanya di sini. Kali ini datang dari Petronas siapa yang tak kenal Petronas? Pe...