JAWATAN KOSONG TERKINI Ogos 2017 September 2017

Iklan Jawatan Kosong Terkini Ogos 2017 September 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2017 2018

Jawatan Kosong Kerajaan MOHR 31 Mac 2017

Iklan Jawatan Kosong terkini kerajaan 2017 datang dari Kementrian Sumber Manusia atau MOHR dimana Kementerian Sumber Manusia Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang menguruskan dan membangunkan sumber tenaga pekerja. 
Jawatan Kosong Kerajaan MOHR
Jawatan Kosong Kerajaan MOHR
Ini termasuk memberikan peluang mendaftar bagi membuat padanan pekerjaan dengan kelulusan pemohon termasuk golongan OKU dan Orang Asli di Malaysia. Menterinya kini adalah Datuk Richard Riot Jaem dan timbalannya Dato' Ismail Abd Muttalib.

Visi dan MISI

Visi Kementrian
Menjadi peneraju dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber manusia bertaraf dunia.
Misi Kementrian
  • Membangunkan masyarakat industri yang produktif, bermaklumat, berdisiplin, penyayang serta responsif kepada perubahan persekitaran perburuhan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menambahkan peluang pekerjaan.
  • Menggalakkan dan mengekalkan perhubungan yang harmoni dan kondusif di antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja demi kemajuan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.
  • Mendokong keadilan sosial dan mengekalkan perhubungan perusahaan yang harmoni melalui penyelesaian pertikaian di antara majikan dan pekerja dan pengiktirafan perjanjian kolektif.
  • Memastikan kesatuan sekerja beroperasi secara demokrasi, orderly dan bertanggungjawab bagi membantu mencapai objektif mewujudkan keharmonian perhubungan perusahaan.
  • Untuk menjadi peneraju dalam pembangunan sumber manusia negara.
  • Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.
  • Untuk membangunkan sumber tenaga kerja yang mahir, berpengetahuan dan kompetitif dalam persekitaran perhubungan perusahaan yang harmoni dan berlandaskan keadilan sosial.
Dalam mencapai Visi dan MISI MOHR membuka jawatan Kosong Terkini 2017 seperti berikut ini :-

Jawatan Kosong Kerajaan MOHR 31 Mac 2017

Jawatan  : Pegawai Penyelidik Sosial (Ketua Penyelidik)
Gred Jawatan : N54
Gaji Minimum: RM6,072.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) :RM900.00 sebulan
Bantuan Sara Hidup (BSH)/ COLA: RM300.00 sebulan
Imbuhan Tetap Keraian :RM800.00 sebulan
Tempoh lantikan: 1 tahun secara kontrak
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sumber Manusia, Ekonomi atau Statistik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  4. Memiliki pengalaman dalam menjalankan penyelidikan dalam bidang sumber manusia, ekonomi dan statistik bagi tempoh sekurangkurangnya 5 tahun.
Jawatan  : Pegawai Penyelidik Sosial (Penolong Ketua Penyelidik)
Gred Jawatan : N48
Gaji Minimum : RM5,118.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP):RM700.00 sebulan
Bantuan Sara Hidup (BSH)/ COLA:RM300.00 sebulan
Imbuhan Tetap Keraian :RM550.00 sebulan
Tempoh lantikan:1 tahun secara kontrak
SYARAT LANTIKAN :
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh  tutup iklan jawatan;
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Ijazah Sarjana dalam bidang Sumber  Manusia, Ekonomi dan Statistik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
  • pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Memiliki pengalaman dalam menjalankan penyelidikan dalam bidang sumber manusia, ekonomi dan statistik bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun.
"Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan." 

CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG

Curriculum vitae berserta gambar terkini perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2017 di alamat emel atau alamat pejabat seperti berikut:
Timbalan Setiausaha
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 8, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya


Emel:

  • sitinurulhuda@mohr.gov.my
  • vianney@mohr.gov.my
Sila pastikan Jawatan yang hendak dipohon ditulis di atas sampul surat atau resume bagi mengelakkan kekeliruan. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi 03-88865123, 03-88865204 atau 03-88711330.
Muat Turun Iklan Jawatan Kosong Kementrian Disini

Subscribe to receive free email updates:

Featured Post

JAWATAN KOSONG PETRONAS TARIKH TUTUP 25 JUN 2017

Kerja Terkini Kosong Petronas . Iklan kerjaya terlengkap ya hanya di sini. Kali ini datang dari Petronas siapa yang tak kenal Petronas? Pe...