JAWATAN KOSONG TERKINI MAC APRIL 2017

Iklan Jawatan Kosong Terkini Mac April 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2017 2018

Jawatan Kosong Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd 25 jan 2017

Kerja Kosong Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd Januari 2017- IPB merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) serta menawarkan kursus-kursus profesional LCCIIQ, CAT (ACCA) , Program Usahasama dengan UiTM dan Program IPB. IPB menawarkan insentif perkhidmatan yang menarik termasuk peruntukan perubatan tahunan, elaun perkhidmatan, kenaikan gaji tahunan dan sebagainya.
Jawatan Kosong Institut Profesional Baitulmal
Jawatan Kosong Institut Profesional Baitulmal
Bermatlamat untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam. Institut Profesional Baitulmal(IPB) ditubuhkan pada 23 April 1992 hasil usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan ( YWP ).Memulakan operasinya di Wisma Awal, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur pada April 1992, IPB kemudiannya berpindah ke kampus tetap di Lot 1363, Jalan Perkasa, Off Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada Jun 1996. Maka Bermulalah lembaran baru bagi IPB dalam merealisasikan misinya.
Kini IPB membuka jawatan kosong seperti berikut ini:-

Jawatan Kosong Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd 25 jan 2017

Name Jawatan Kosong :
KETUA AUDIT DALAM-KUALA LUMPUR
Tanggungjawab :
  • Bertanggungjawab ke atas semua aspek kewangan, perbendaharaan, kawalan belanjawan, perakaunan korporat dan fungsi pengurusan aset tetap sejajar dengan proses tadbir urus.
  • Menyelia penyediaan laporan kewangan berkanun dan laporan pengurusan dalam masa yang ditetapkan.
  • Menyemak, mencadang dan melaksanakan penabahbaikan kawalan dalaman, prosedur perakaunan dan sistem laporan pengurusan.
  • Memastikan segala pematuhan penuh terhadap laporan kewangan berkanun dan pentadbiran mengikut keperluan undang-undang.
  • Berhubung dengan juruaudit luaran, peruding cukai, organisasi luaran dan bank-bank mengikut keperluan Institut.
  • Menguruskan pembangunan dan pelaksanaan projek-projek ad-hoc dan memantau pencapaian KPI.
  • Meneliti dan mengawasi pematuhan kepada pengauditan piawaian dan etika perkhidmatan.
  • Mencadangakn dan memastikan program audit dan sasaran kerja tahunan dilaksanakan.
  • Menyemak dan menyelia kerja-kerja pengauditan.
  • Menyediakan laporan audit dan bentangkan kepada Jawatankuasa Audit.
  • Merancang program latihan yang berterusan kepada kakitangan Bahagian Audit Dalam.

Syarat Kelayakan :

  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan, Kelayakan Profesional dalam perakaunan atau kelayakan Audit dalam CPA.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang pengauditan dan bidang yang berkaitan.
  • Mempunyai sikap integriti yang tinggi, kepimpinan yang baik, pengurusan dan kemahiran penyelian.
  • Mempunyai kemahiran analitikal yang kuat untuk maklumat dan kemahiran menyelesaikan masalah.
  • Mengikut tatakerja yang teratur untuk memenuhi tarikh akhir.
  • Pro-aktif dan mampu bekerja secara bebas.
  • Kebolehan bekerja secara kumpulan dengan mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi.
  • Mempunyai pengetahuan kerja yang baik dan kemahiran dalam aplikasi Microsoft Office.
  • Kebolehan berkomunikasi dan menulis dalam dwi bahasa (Bahasa Melayu / Inggeris).

CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG IPB

  1. Sila layari laman jawatan kosong IPB
  2. Pilih Kerjaya dimaksud
  3. Klik "APPLY NOW" bahagian bawah
  4. Mohonlah jawatan kosong secara onlen

Nota Jawatan Kosong:

Tarikh tutup jobs terkini : 25 Januari 2017
Lokasi Jawatan Kosong: Lot 1363, Jalan Perkasa Taman Maluri Kuala Lumpur Federal Territory of Kuala Lumpur Malaysia
Demikian Jawatan Kosong Kuala Lumpur semoga berfaedah.amin

Subscribe to receive free email updates:

Featured Post

JAWATAN KOSONG PETRONAS TARIKH TUTUP 01 APRIL 2017

Kerja Terkini Kosong Petronas . Iklan kerjaya terlengkap ya hanya di sini. Kali ini datang dari Petronas siapa yang tak kenal Petronas? Pe...