Tuesday, May 3, 2016

Jawatan Kosong UC Bestari 2016

Iklan Kerja Kosong Terbaru Sektor Universiti kali ini berasal dari UCBestari. dimana UC Bestari ialah University College Bestari yang merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Merupakan Kolej Universiti pertama yang berusaha memartabatkan anak-anak melayu miskin, gologan PPRT(Program Pembangunan Rakyat Miskin) dan anak yatim seluruh Malaysia yang berkemampuan dalam bidang akademik untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru itu penubuhan Kolej Universiti Bestari yang tidak bermotifkan keuntungan semata-mata (non-profit making institution) tetapi lebih ke arah kebajikan ini cuba merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana globalisasi negara supaya peluang pendidikan ini turut sama dikecapi oleh masyarakat luar bandar dan anak-anak yatim di seluruh negara. 
Kerja Kosong UCBestari
Kerja Kosong UCBestari

VISI

UCB berhasrat menjadi Institusi Pengajian Tinggi yang terulung di mata dunia.

MISI

Menyedia dan membentuk tenaga kerja mahir bagi melahirkan modal insan yang kompeten dan seimbang sesuai dengan keperluan industri.
Kini UCBestari membuka Jawatan Kosong Terkini 2016 seperti berikut ini :-

Jawatan Kosong 2016

University College Bestari mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

PENSYARAH KEJURURAWATAN

Syarat dan Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Jururawat berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM).
  • Mempunyai Perakuan Pengalaman Jururawat Tahunan (APC) yang SAH dan terkini.
  • Mempunyai Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejururawatan dan setaraf.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya lima(5) tahun pengalaman dalam bidang kejururawatan dan setaraf.
  • Mempunyai pos basic dalam bidang kejururawatan.
  • Mempunyai Sijil/Advance Diploma 'Teaching Methodology' untuk kejururawatan yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Memiliki SPM dan sijil yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris termasuk ujian lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

INSTRUKTUR KLINIKAL

Syarat dan kelayakan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Jururawat berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM).
  • Mempunyai Perakuan Pengalaman Jururawat Tahunan (APC) yang SAH dan terkini.
  • Mempunyai Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejururawatan dan setaraf.
  • Mempunyai POS basic dalam bidang kejururawatan.
  • Memiliki SPM dan sijil yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris termasuk ujian lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

CARA MEMOHON KERJAYA

Sekiranya anda berminat dan memenuhi kriteria di atas, kami mempelawa anda untuk menghantar resume yang lengkap beserta salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport( tidak dikembalikan) kepada:
Pejabat Pendaftar
University College Bestari
Putera Jaya, Bandar Permaisuri,
22100 Setiu, Terengganu.
(U/P: Unit Modal Insan)

Sebarang pertanyaan, Sila hubungi 09-6097101/102 samb: 1020 (Unit Modal Insan) *calon-calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.
Demikian Maklumat Kerja Kosong Terkini Universiti semoga berfaedah. Untuk Maklumat lanjut sila kunjungi talian Kerja Kosong berikut: UCBestari Iklan Jawatan

Artikel Terkait