JAWATAN KOSONG TERKINI Disember 2016 Januari 2017

Iklan Jawatan Kosong Terkini Disember 2016 Januari 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2016 2017

JAWATAN KOSONG TERKINI UUM TARIKH TUTUP 06 NOVEMBER 2016

Kerja Kosong Terkini Kerajaan Universiti Utara Malaysia. Iklan jawatan Kosong terkini datang dari Sektor kerajaan tepatnya dibidang Pendidikan iaitu UUM. Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.
jawatan kosong kerajaan UUM
jawatan kosong kerajaan UUM
Perancangan pembinaan universiti keenam ini bermula apabila Kementerian Pendidikan Malaysia merancang untuk menubuhkan universiti ini dalam bulan Ogos 1983. Pada 19 Oktober 1983, Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke atas projek yang pada waktu itu dinamakan “Projek Universiti Keenam”, di Kedah. Beberapa bulan kemudian, pejabat sementara universiti keenam yang diberi nama Universiti Utara Malaysia ini dibuka secara rasminya pada 15 Februari 1984 di Jitra. Empat bulan kemudian, UUM berpindah ke kampusnya yang pertama – Kampus Darul Aman di Jitra – pada bulan Jun 1984 apabila fasa pertama projek berkenaan siap. Perpindahan itu dilakukan bagi menyambut ketibaan sekumpulan pelajar sulung universiti menjelang kemasukan mereka pada awal bulan Julai 1984. Kampus tersebut didirikan di atas satu kawasan seluas 62 ekar di Bandar Darulaman, iaitu 18 km ke Utara Alor Setar dan 4.8 km dari Jitra.(rujukan:http://www.uum.edu.my/index.php/ms/visitor/the-university/about-uum)
Kini Universiti utara malaysia membuka kekosongan jawatan terkini seperti berikut ini:-

JAWATAN KOSONG TERKINI UUM TARIKH TUTUP 06 NOVEMBER 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.

PEMBANTU TADBIR (PEPERIKSAAN) GRED N19

Kelayakan :

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
  • Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Taraf Jawatan : Sambilan
Fungsi Bidang Tugas :Umum
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi).
Khas
Membantu Ketua Pengawas dan Pengawas dalam pengendalian peperiksaan dan bertanggungjawab secara terus kepada Ketua Pengawas dan Pengawas  dalam urusan pengendalian peperiksaan.

TEMPOH PERKHIDMATAN

Mulai 11 Disember 2016 hingga 19 Januari 2017

Nota: Keutamaan diberikan kepada calon:
  • Tinggal berdekatan dengan kampus UUM (Sintok); DAN
  • Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; DAN
  • Kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

CARA MEMOHON

  • Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian (online) yang boleh dicapai melalui pautan laman sesawang http://www.perjawatan.uum.edu.my/
  • Pemohon perlu mendaftar sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini
  • Tarikh tutup permohonan: 06 November 2016 (Ahad)

CATATAN TAMBAHAN

  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga.
  • Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Utara Malaysia.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman
Tel : 04-928 3114/3113
Faks : 04-928 3120
Rujukan
Previous
Next Post »
Thanks for your comment