JAWATAN KOSONG TERKINI Disember 2016 Januari 2017

Iklan Jawatan Kosong Terkini Disember 2016 Januari 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2016 2017

JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN DBP 13 DISEMBER 2016

Iklan Kerja kosong Terkini kerajaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Maklumat Kerjaya terkini datang dari Sektor kerajaan iaitu berasal dari Dewan Bahasa dan pustaka dimana DBP ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.
Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.
Kerja Kosong Terkini DBP
Kerja Kosong Terkini DBP
 Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.
Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu i) menggubal dasarnya yang khusus; ii) menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan iii) menjalankan kegiatan penerbitan dan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.
Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabat di di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999), Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999) dan Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).
Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu. Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003.
Dalam Mencapai tujuannya DBP membuka kekosongan jawatan seperti berikut ini :-

JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) TARIKH TUTUP 13 DISEMBER 2016

DBP mempelawa warganegara Malaysia dengan senarai jawatan :-
  • PEGAWAI TADBIR GRED N41 (Penempatan di Ibu Pejabat DBP)
  • PERANCANG BAHASA GRED S41 (Penempatan di Ibu Pejabat DBP)
  • PENOLONG PERANCANG BAHASA GRED S29 (Penempatan di DBP Cawangan Sarawak)
  • PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
  • PEMBANTU OPERASI GRED N11 (Penempatan di Ibu Pejabat DBP)
  • PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 (Penempatan di Ibu Pejabat DBP dan DBP Cawangan Sarawak)

CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG

  1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan DBP, Borang PSM:12/2014   (Pindaan Pent. 27/99). Borang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang DBP   di http://www.dbp.gov.my.
  2. Tarikh tutup permohonan pada 13 Disember 2016.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)


KETERANGAN AM
Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri peperiksaan pra perkhidmatan  (bagi jawatan i dan ii) dan temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap TIDAK BERJAYA. 

Muat Turun Borang :

Iklan jawatan Kosong DBP
Borang Permohonan
Demikian Maklumat kerja kosong terkini DBP semoga berfaedah.
Rujukan
Previous
Next Post »
Thanks for your comment