JAWATAN KOSONG TERKINI Januari 2017 FEBRUARI 2017

Iklan Jawatan Kosong TerkiniJanuari 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2017 2018

JAWATAN KOSONG SPP SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA (SEPANJANG MASA)

Kerja kosong Terkini SPP Jawatan dibuka sepanjang masa. Maklumat jawatan kosong terkini datang dari Sektor Kerajaan yaitu SPP. SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan. Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Kerja Kosong Terbaru SPP
Kerja Kosong Terbaru SPP

 SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.

Visi SPP

Peneraju Transformasi Modal Insan Perkhidmatan Pendidikan

Misi SPP

Melantik dan Mengekalkan Bakat Terbaik Dalam Perkhidmatan Pendidikan Melalui Pengurusan Perkhidmatan Yang Transformatif

Objektif SPP

Memastikan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dalam urusan pelantikan, perkhidmatan, tatatertib dan naik pangkat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif.

JAWATAN KOSONG SPP SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA (SEPANJANG MASA)

Maklumat Jawatan Kosong SPP adalah seperti berikut ini :
1. Guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dan DG29-----> MUAT TURUN KELAYAKAN DAN CARA MEMOHON
2. NON GURU
Pensyarah yang berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29

Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 17 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui Sistem Terbuka perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di   peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  • memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan

JAWATAN KOSONG LAINNYA

  1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
  2. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
  3. Penyelia Asrama Gred N17
  4. Pembantu Pengurusan Murid Gred N17
  5. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
  6. Pembantu Makmal Gred C17 
  7. Pembantu Operasi Gred N11
    Pemandu Kenderaan Gred H11    

Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 11 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR), calon berkenaan perlu memiliki keputusan seperti berikut:
  1. mendapat sekurang-kurangnya peringkat 'D' dalam 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; dan
  2. bagi skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan 'kepujian' dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama Islam atau seumpamanya di peringkat SRP, calon-calon hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya peringkat 'C' dalam mata pelajaran berkenaan di peringkat PMR.
MUAT TURUN PERMOHONAN DAN KELAYAKAN
Previous
Next Post »
Thanks for your comment

Featured Post

Senarai Jawatan Kosong Januari 2017

Segenap Pengurus Jawatan Kosong3 Mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 Semoga di Tahun yang Baru Bro dan Sis mendapatkan Jobs / Jawatan sesu...