JAWATAN KOSONG TERKINI Ogos 2017 September 2017

Iklan Jawatan Kosong Terkini Ogos 2017 September 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2017 2018

Jawatan Kosong Terkini Perda 17 Mei 2017

Iklan Kerja Kosong Terkini PERDA 2017.  Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah ditubuhkan pada 1 JUN 1983 dibawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Akta 282.
Jawatan Kosong Terkini Perda
Jawatan Kosong Terkini Perda
Jawatan Kosong Pulau Pinang- Sejarah penubuhan PERDA bermula dengan satu cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Pertanian Pulau Pinang (PADA) pada 3 Mac 1982. Seterusnya pada 1 Disember 1982 satu Kertas Jemaah Menteri disediakan untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
Pada 10 Disember 1982 Rang Undang-Undang Penubuhan PERDA telah dibentang dan diluluskan di Parlimen sebagai Akta 282. Akta ini telah diwartakan pada 10 Mac 1983.
Perlantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang pertama oleh Y.B Dato' Rais Yatim. Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah telah dibuat pada 1 Jun 1983. Mesyuarat Ahli-ahli Lembaga yang pertama diadakan pada 21 Julai 1983. Kawasan PERDA seterusnya dipersetujui diwartakan pada 21 Oktober 1988 berkuatkuasa mulai 1 Jun 1983.
Pada 27 Oktober 1990 PERDA telah dipindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang kemudiannya dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Berkuatkuasa 15 Ogos 2005, PERDA telah diletakkan di bawah pentadbiran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Kini PERDA membuka jawatan kosong seperti berikut ini -

Jawatan Kosong Terkini Perda 17 Mei 2017

PERDA kini membuka kekosongan jawatan seperti berikut ini -

Bil
Skim Perkhidmatan
Gred
Taraf Jawatan
Kekosongan
1.
Penolong Pegawai Tadbir            
N29
Tetap
1
2.
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
FA29
Tetap
1
3.
Penolong Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Islam)
N29
Kontrak
1
4.
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Automotif)
DV29
Kontrak
1
5.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
N19
Kontrak
1
6.
Pembantu Operasi
N11
Kontrak
1

Tarikh Tutup Permohonan Jawatan Kosong: 17 Mei 2017

CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG

Semua permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang PERDA AM 1 yang boleh didapati  di Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan menyertakan sampul surat berukuran 23cm x 10cm berserta nama, alamat  sendiri dan bersetem RM 1.00 atau layari laman web PERDA di www.perda.gov.my . Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 Mei 2017
1. Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:
PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)
NO. 1, LORONG KAMPUNG GAJAH 2
JALAN KAMPUNG GAJAH
12200 BUTTERWORTH


2. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan  Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 54 hingga 59 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) 2012 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terakhir dikepilkan. 
3. Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini semua keputusan akan dimaklumkan melalui surat atau sms terus ke nombor telefon bimbit yang diberikan, bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.  

Muat Turun 

 Demikian Iklan Jawatan Kosong MEI 2017 semoga berfaedah.amin

Subscribe to receive free email updates:

Featured Post

JAWATAN KOSONG PETRONAS TARIKH TUTUP 25 JUN 2017

Kerja Terkini Kosong Petronas . Iklan kerjaya terlengkap ya hanya di sini. Kali ini datang dari Petronas siapa yang tak kenal Petronas? Pe...