Saturday, March 18, 2017

Jawatan Kosong Selangor PHSSB Tarikh tutup 05 April 2017

Kerja Kosong Syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd dimana PHSSB adalah anak syarikat milik penuh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) iaitu badan berkanun di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Ia dipengerusikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin bin Ali dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2011.
Jawatan Kosong Selangor PHSSB
Jawatan Kosong Selangor PHSSB
PHSSB menjalankan operasi dengan menguruskan hartanah milik LPHS di sekitar negeri Selangor dengan menjalankan aktiviti penjualan dan penyewaan. PHSSB juga menjalankan aktiviti kutipan sewa dan pengurusan bangunan di beberapa PPR serta Council Homes di sekitar negeri Selangor.
  • Budaya kerja dalam berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu sama lain dengan staf yang energetik dan bertoleransi.
  • Tenaga muda dalam organisasi dengan kebanyakannya berumur bawah 30 tahun dengan minda yg sentiasa segar dan ceria.
  •  Menetapkan daya menyelesaikan masalah dengan mengadakan perbincangan sesama staf.
Kini PHSSB Membuka kekosongan jawatan seperti berikut ini :-

Jawatan Kosong PHSSB Tarikh tutup 05 April 2017

Kerani Akaun cum Pentadbiran-Selangor

KELAYAKAN JAWATAN KOSONG SELANGOR
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya DIPLOMA dalam bidang Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau lain-lain bidang yang berkaitan dengan sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja, dan
  • Mahir dalam penulisan dan pertuturan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa, dan komputer.
  • Mampu berkomunikasi dengan baik, berdisiplin, berdidikasi, jujur dan amanah, dan mampu melaksanakan tugas dengan pengawasan yang minimum.
  • Mempunyai kemahiran analitikal yang tinggi, dan perundingan yang baik serta daya menyelesaikan masalah.
  • Mahir dalam menggunakan Microsoft Word, Excel, dan Power Point.
  • Jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan.
  • Bersedia untuk bekerja di Serendah, Hulu Selangor.
Tugas dan Tanggungjawab :
  • Menjalankan aktiviti kutipan sewa.
  • Berurusan dengan penyewa mengenai sewa bulanan/ deposit
  • Mengemaskini sistem pemfailan untuk kutipan sewa / deposit.
  • Membayar caj-caj perkhidmatan. (utiliti, insuran, dll)
  • Menyediakan laporan kutipan sewa
  • Menjalankan kerja-kerja pentadbiran. 
Manfaat :

  1. Gaji permulaan RM1,500.00 (bergantung kepada pengalaman)
  2. Caruman KWSP dan SOCSO.
  3. Perlindungan insurans kemalangan berkelompok.
  4. Kenaikan gaji tahunan dan bonus (berdasarkan prestasi)

Pelbagai kemudahan cuti.
Resume dengan tajuk KERANI AKAUN CUM PENTADBIRAN beserta jangkaan gaji anda atau hubungi Fitri di talian 03-5524 0233 /0253. 

CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG SELANGOR INI IALAH-



Nota jawatan kosong Selangor dari Syarikat PHSSB:

Tarikh Tutup Jawatan Kosong: 05 April 2017
Demikian jawatan kosong Selangor semoga berfaedah.amin

Artikel Terkait