JAWATAN KOSONG TERKINI JUN JULAI 2017

Iklan Jawatan Kosong Terkini Jun Julai 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2017 2018

Jawatan Kosong kerajaan Pejabat Menteri Besar Johor 16 Februari 2017

Iklan jobs Malaysia Kerajaan Johor. Maklumat Jawatan Kosong Terkini Kerajaan kali ini berasal dari Pejabat Menteri Besar Johor dimana Pejabat Menteri besar johor mempunyai Visi seperti berikut ini :-

PROFIL PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR

Objektif
  • Menjadi pemacu kepada kecemerlangan pentadbiran dan kemajuan Negeri Johor.
  • Merancang, melaksana dan menyelaras segala perkhidmatan kepada masyarakat dengan mengamalkan konsep Kerajaan Berwawasan, Adil dan Efisien.
  • Memberi perkhidmatan perakuan permohonan, rayuan pemilikan tanah, surat-surat sokongan, urusan perjumpaan dan temujanji YAB Menteri Besar Johor.
  • Menentukan keberkesanan di dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan secara menyeluruh.
  • Menentukan masyarakat yang progresif dan berdikari dapat diwujudkan hasil daripada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan secara cekap dan berkesan.
  • Menentukan bahawa setiap program pembangunan diterima oleh kumpulan sasar terutamanya di kawasan yang kurang maju samada di kawasan bandar atau luar bandar.
Fungsi
Selaras dengan perubahan dan keperluan semasa dan bagi mencapai wawasan dan objektif Pejabat Menteri Besar Johor, sebanyak lima (5) Bahagian dan fungsi yang berbeza diketuai Setiausaha Sulit Kanan Kepada YAB Menteri Besar Johor ( Pegawai Tadbir Gred N52 ) telah ditubuhkan iaitu:-
  • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Bahagian Pembangunan
  • Bahagian Akhbar
  • Bahagian Politik
  • Bahagian Media dan Komunikasi.
    Jawatan Kosong kerajaan Pejabat Menteri Besar Johor
    Jawatan Kosong kerajaan Pejabat Menteri Besar Johor
Kembali ke Jawatan Kosong Februari 2017 bahawa PMBJ ini membuka peluang seperti berikut ini :-

Jawatan Kosong kerajaan Pejabat Menteri Besar Johor 16 Februari 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Pejabat Menteri Besar Johor bagi jawatan seperti berikut:-

SKIM PERKHIDMATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI)

Klasifikasi Perkhidmatan : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
Kumpulan Perkhidmatan: PELAKSANA
Gred : N19
Taraf Jawatan: KONTRAK
INFO GAJI 
  • GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM 4,003.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI  TAHUNAN :RM 100.00

SYARAT LANTIKAN JAWATAN KOSONG:-

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
  • dengannya oleh Kerajaan. [ Gaji Permulaan ialah pada Gred N19 : RM 1,352.00] ;
  • dan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
  • Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG

Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang MBJ.01 yang boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau dimuat turun daripada laman web rasmi Kerajaan Negeri Johor di www.jauhar.my  Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan  dengan sekeping gambar berukuran pasport dan dokumendokumen seperti berikut
(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil berhenti sekolah
(iv) Lain-lain sijil/Diploma/Ijazah/surat akuan berkaitan.
Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui salinan sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan B /Penghulu, Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat  dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan  Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peruntukan Perintah Am Bab A21 dengan menyertakan kenyataan perkhidmatan yang kemas kini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.   Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar  ke alamat :-

 PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR,
 ARAS 4, BANGUNAN DATO JAAFAR MUHAMMAD
 KOTA ISKANDAR,
 79502 ISKANDAR PUTERI,
 JOHOR BAHRU.

TARIKH TUTUP JAWATAN KOSONG: 16 FEBRUARI 2017

CATATAN JAWATAN KOSONG AM:

  1. Sila nyatakan Jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat  pemohon.
  2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan  dipanggil temuduga
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA
  4. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah  tanggungjawab pemohon sendiri.

 SILA MUAT TURUN KELENGKAPAN PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DISINI:

syarat-syarat dan cara memohon di sini : Pegawai Penyelidik Q41
Muat turun borang permohonan di sini.

Subscribe to receive free email updates:

Featured Post

JAWATAN KOSONG PETRONAS TARIKH TUTUP 25 JUN 2017

Kerja Terkini Kosong Petronas . Iklan kerjaya terlengkap ya hanya di sini. Kali ini datang dari Petronas siapa yang tak kenal Petronas? Pe...