JAWATAN KOSONG TERKINI Disember 2016 Januari 2017

Iklan Jawatan Kosong Terkini Disember 2016 Januari 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2016 2017

JAWATAN KOSONG TERBARU MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA TARIKH TUTUP 01 SEPTEMBER 2015

Kerja Kosong Terkini Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). MBPJ mempunyai sejarah pada awal tahun 50-an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan  penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan  pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti "Effingham Estate" iaitu tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah penemapatan baru yang dikenali Petaling Jaya. Pihak yang diberi kepercayaan untuk mengurus tadbir penempatan baru ini diserahkan kepada Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Petaling Jaya sebelum diambil alih oleh sebuah badan berkanun iaitu Petaling Jaya Authority pada penghujung tahun 1954.
Kerja Kosong Terkini MBPJ
Kerja Kosong Terkini MBPJ
Petaling Jaya melakar sejarah baru pada 1 Januari 1964 apabila Negeri Selangor mewartakan sebuah Lembaga Bandaran yang memiliki autonomi kewangan untuk mentadbir bandar ini. Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah dinaikkan tarafnya kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 oleh kerajaan. Pada 20 Jun 2006, Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Kini kawasan pentadbiran MBPJ berkeluasan 97.2 kilometer persegi, kian pesat membangun. Petaling Jaya mempunyai jumlah penduduk lebih 619,925 orang dan bilangan pegangan harta sebanyak 217,930. Petaling Jaya kini dikenali sebagai pusat pertumbuhan yang terunggul di Negeri Selangor.

Pentadbiran Majlis terdiri daripada 25 orang Ahli Majlis dan diketuai oleh seorang Datuk Bandar. Ahli Majlis adalah dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Datuk Bandar adalah seorang pegawai Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh pentadbiran negeri selepas mendapat persetujuan Menteri Besar. Datuk Bandar bertugas sepenuh masa dibantu oleh seorang Timbalan Datuk Bandar dan Ketua-ketua Jabatan dalam menetapkan dan melaksanakan visi, misi, dasar kualiti, objektif dan aktiviti Majlis. Majlis meluluskan draf undang-undang Majlis dan membentuk polisi-polisi untuk dilaksanakan oleh jabatan. 

Misi

Menyediakan Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Berkualiti Demi Kesejahteraan Petaling Jaya

Visi

Petaling Jaya Bandaraya Peneraju, Dinamik dan Lestari
Kali ini MBPJ membuka kekosongan Jawatan seperti berikut ini :

JAWATAN KOSONG TERBARU MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA TARIKH TUTUP 01 SEPTEMBER 2015

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

TARIKH IKLAN 19 Ogos 2015
TARIKH TUTUP 01 September 2015
IKLAN DALAMAN Senarai Jawatan Kosong    [Mohon Jawatan]
IKLAN LUARAN Senarai Jawatan Kosong    [Mohon Jawatan]
Manual Penggunaan Sistem Perjawatan Online MBPJ
Kepada semua pemohon, sila baca manual penggunaan ini dengan teliti. Pihak MBPJ tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan semasa membuat permohonan. Hubungi Bahagian Sumber Manusia MBPJ di talian 03-79563544 untuk pertanyaan.
MAKLUMAT PENTING UNTUK PEMOHON
  • Semasa pendaftaran pertama Sistem Perjawatan Online, ID pengguna adalah Nombor Kad Pengenalan dan perlu dimasukkan tanpa aksara aksara hyphen (" - ").
  • Contoh : 675403084534 dan bukannya 675403-08-4534.

 Untuk Maklumat Detail Kerjaya silahkan Kunjungi pautan berikut ini : Iklan Jawatan Kosong MBPJ
Previous
Next Post »
Thanks for your comment