JAWATAN KOSONG TERKINI Disember 2016 Januari 2017

Iklan Jawatan Kosong Terkini Disember 2016 Januari 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2016 2017

1 JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH YAN TARIKH TUTUP 22 JUNE 2015

1 Kerja Kosong Malis Daerah Yan 22 Jun 2015. Daerah Yan adalah sebuah daerah yang unik dalam negeri Kedah. Alam semulajadi yang mencakupi banjaran Gunung Jerai yang menganjur ke kawasan laut di Tanjung Jaga dan Selat Melaka.Mengikut sejarah sebutan Yan diambil daripada penghujung perkataan " Sendayan" iaitu sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di sini suatu ketika dahulu. Tetapi ada kalangan yang menyanggah pendapat itu mengatakan sebutan Yan adalah singkatan dari perkataan buah " Durian ". Bagaimanapun Daerah Yan mencatat sejarahnya tersendiri.
Kerja Kosong Terkini Majlis Daerah Yan June 2015
Kerja Kosong Terkini Majlis Daerah Yan June 2015

Kali ini membuka kekosongan Jawatan dengan kedudukan seperti berikut ini:

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Taraf Jawatan : KONTRAK
Jadual Gaji : GRED F29

SYARAT LANTIKAN

# Calon-calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
  1. Warganegara Malaysia ;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
    iklan jawatan
  3. diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi
  4. maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau [Gaji Permulaan: 1,746.00]
#Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM1,820.89]

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARATSYARAT SKIM PERKHIDMATAN

  • Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

CARA MEMOHON

  1. Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MDY yang boleh didapati sendiri di Bahagian Sumber Manusia Majlis Daerah Yan dengan bayaran RM3.00 atau memohon secara pos dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 11 sm x 25 sm dan
    bersetem beserta kiriman wang pos RM3.00.
  2. Salinan Sijil yang berkaitan hendaklah diakui sah dan disertakan bersama borang Permohonan. Bagi Kakitangan dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun Dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama Laporan Sulit Khas dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan di beri pertimbangan.

Permohonan berikut akan DITOLAK

  1. tidak disertakan dokumen yang diperlukan ;
  2. tidak lengkap dan tidak terang ;
  3. borang tidak ditandatangani ; dan
  4. tidak disertakan gambar.

ALAMAT PERMOHONAN

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH YAN
06900 YAN
KEDAH DARUL AMAN.


Untuk Maklumat lebih detail sila klik pautan berikut ini


Previous
Next Post »
Thanks for your comment