JAWATAN KOSONG TERKINI Disember 2016 Januari 2017

Iklan Jawatan Kosong Terkini Disember 2016 Januari 2017 Kerja Kosong Terkini Kerajaan dan Swasta Jawatan Kosong Bank Kerani Spa Kastam Jobs Vacancy 2016 2017

1 JAWATAN KOSONG PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK (PPPNP) TARIKH TUTUP 30 Jun 2015

Kerja Kosong PPPNP hingga 30 Jun 2015. Permohonan Kerja Kosong kali ini adalah adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan kepada Anak Kelahiran Negeri Perak) yang berkelayakan dan mempunyai komitmen tinggi untuk berkhidmat di Kumpulan Perbadanan PPPNP. Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah diperbadankan pada Februari  1973 hasil mesyuarat antara YAB Dato’ Seri Haji Kamaruddin Bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar ketika itu) dengan ahli mesyuarat kerajaan negeri Perak (Exco). Tujuan utama penubuhan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak adalah:-
  1. Melahirkan perusahaan dan pembangunan pertanian dengan cara membuka ladang secara besar-besaran.
  2.  Bergerak sebagai badan perniagaan,perusahaan dan pembangunan pertanian hendaklah dijalankan untuk menjamin negeri dapat bekalan bahan-bahan makanan yang mencukupi.
Sejajar dengan keputusan tersebut, penubuhan Perbadanan telah diwartakan di dalam Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak bil.2 tahun 1973(asal),pin.9(1974) dan pin.bil7(1981) dan mula beroperasi pada tahun 1974. Operasi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak adalah berlandaskan kepada objektif-objektif berikut :-
  1. Meningkatkan pertumbuhan industri pertanian negeri perak.
  2. Menjalankan aktiviti secara langsung dan tidak langsung bagi membantu individu,kumpulan, syarikat atau agensi dalam menggalakkan pembangunan pertanian.
Kembali ke Jawatan Kosong Terkini PPPNP adalah seperti berikut :-
PPPNP Job Kosong
PPPNP Job Kosong

PEMBANTU KESELAMATAN (LELAKI SAHAJA)


A)    KELAYAKAN DAN SYARAT – SYARAT

  1. Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut sistem terbuka dengan lulus enam (6) mata pelajaran iaitu dua (2) daripada mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian termasuk Bahasa Melayu dalam satu peperiksaan ATAU dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut – turut
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh temuduga.
  3. Bagi Pekerja Am Kumpulan PPPNP umur tidak melebihi 30 tahun.

B) KELAYAKAN FIZIKAL

  1. Tinggi sekurang – kurangnya 1.67 M tanpa sepatu.
  2. Berat badan sekurang – kurangnya 53 Kg.  Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25
  3. Ukuran dada biasa sekurang – kurangnya 79 sm dan 84 sm semasa menarik nafas.
  4. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan v/6/9 tanpa cermin mata atau kanta lekap (contact lens).
  5. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  6. Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental serta lulus pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan x – ray.
  7. Boleh berkomunikasi dan menulis di dalam Bahasa Malaysia.
  8. Bebas dari segala jenis Dadah/ Jenayah
  9. Sedia ditempatkan di mana-mana lokasi di rangkaian Kumpulan PPPNP.

C)SPESIFIKASI TUGAS

  1. Menjaga Kawasan Bit, pos ladang/kilang, ibu pejabat dan lain-lain yang ditetapkan oleh pihak pengurusan PPPNP;
  2. Menjalankan tugas-tugas rondaan di Ibu Pejabat, Kilang/Ladang dan lain-lain tempat milik Kumpulan PPPNP;
  3. Mengeluarkan pas pelawat kepada orang awam yang memasuki Ibu Pejabat, Kilang/Ladang dan lain-lain tempat milik Kumpulan PPPNP;
  4. Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar masuk di Ibu pejabat, Kilang/Ladang dan lain-lain tempat milik Kumpulan PPPNP;
  5. Membuat laporan kenyataan yang benar dalam buku catatan, buku harian dan sebarang buku laporan.

CARA PERMOHONAN KERJA KOSONG PPPNP

Calon – calon yang berminat dan memenuhi syarat – syarat dikehendaki menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan sijil SPM/PMR, Resume, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Persekolahan, lain-lain sijil yang berkaitan (salinan asal dan fotostat) dan sekeping gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan) ke alamat di berikut:-

PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. 3, JALAN TAMAN KINTA, TAMAN CHATEAU
30250 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN
(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

Tarikh tutup permohonan jawatan kosong , kerjaya adalah pada 30 Jun 2015.

Hanya calon-calon yang terpilih sahaja yang akan dihubungi.

Sumber: Job PPPNP
Previous
Next Post »
Thanks for your comment